Nuffnang Ads

Sunday, October 27, 2013

Bersihkan Minda dan Hati.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Saya adalah orang Pahang dan malam ini adalah perlawanan bola sepak diantara Pahang dan Sarawak. Excited? Saya agak lah tapi takde sampai nak pergi ke Sarawak pergi tengok kan, hihu.. maaf, tapi mungkin saya akan tengok kat TV je nanti, tapi rasanya saya nak baca Laporan Pembentangan Bajet yang saya dapat dari Surat Khabar lah,, ha.. nak baca bagi paham betul-betul. 

Tapi tengok lah dulu macamne nanti, tengoklah eyh. hihu...

Okay, hari ni saya nak cakap fasal internet dan kesannya. Mungkin rata-rata pembaca tahu akan apa itu internet dan rata-rata tahu apa kesannya kepada masyarakat jikalau ia disalahgunakan. Baik, kita semua maklum, sesetiap apa yang kita buat, ada baik dan buruknya, jika tidak kepada diri sendiri, mungkin kesannya kepada orang lain, kan? Oleh itu, dalam menggunakan internet, kita semua maklum, banyak kesan buruk berbanding kesan baik (pros and cons), tetapi ia berbalik kepada niat kita sendiri.

Jikalau kita menggunakannya kearah yang negative maka, negativelah yang kita akan dapat. Kita boleh dapat macam-macam dari internet, dari belajar hinggalah kepada perkara-perkara yang kita sendiri tak tahu akan kewujudannya. Jadi, kita hendaklah pandai untuk menilai baik buruk sesuatu tindakan.

Ia sebenarnya berasal dari diri kita sendiri. Kita hendaklah tidak terpengaruh dengan apa yang berada di sekeliling, bukan bermakna kita tidak langsung ambil tahu akan apa yang berlaku disekeliling kita, tetapi, cube menjadi subtle in action, meaning, jangan terlampau terpengaruh dengan persekitaran. Persekitaran mampu 'membunuh' kita sebenarnya. Sebagai contoh, Ahmad membeli dan menggunakan telefon pintar yang agak mahal harga dan dia memperolehnya dari hasil dia berkerja dan menyimpan duit harian sekolah, tetapi, kita hanya tahu yang dia membeli telefon pintar dan tidak hasil penat lelah yang dia lakukan, dan Ali ingin juga menggunakan telefon pintar sebab dia melihat Ahmad menggunakan telefon pintar dan Ali menginginkan dengan kadar yang segera. Jadi, Ali menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan telefon pintar, mungkin dengan mencuri atau merompak. Persoalannya? Adakah ia salah Ahmad kerana membeli telefon pintar? Adakah ia salah Ali kerana ingin mendapatkan telefon pintar? atau Adakah ia salah Ali kerana salah pertimbangan?

Mungkin ada yang bertanya, apa kaitan insiden itu dengan pengaruh internet? Mungkin lah, mungkin kita tidak nampak kesannya secara langsung, tetapi, percayalah jikalau tidak pengaruh internet, mungkin juga ada pengaruh dari filem-filem dan television. Internet dengan television mempunyai kesan yang hampir sama, tetapi television mempunyai kesan yang lebih. 

Jadi, pertimbangan berasal dari pemikiran dan pemikiran terbentuk dari persekitaran. Memang benar, tidak semua yang dari persekitaran yang baik mempunyai hati yang baik, tetapi kita tidak juga menyangkal yang berasal dari persekitaran yang jahat tidak baik. Ia sebenarnya berasal dari hati. Dalam membuat pertimbangan hati dan minda sebenarnya kena bersama. Mungkin kadang-kadang logik akal memikir ia betul, tetapi kita juga kena tanya hati untuk mengetahui kebenarannya. Jadi, pertimbangan yang baik berasal dari hati dan minda yang sempurna. 

Mungkin perincian saya sedikit menyimpang, tetapi, percaya lah yang ia memberikan rantaian yang baik. Baik buruk sesuatu perbuatan adalah dari pertimbangan minda dan hati yang baik. Oleh itu, bersihkan hati dan minda, in shaa Allah, segalanya akan menjadi baik.

Assalamualaikum WBT

p/s: All I wrote is in general right? hahahha

No comments:

Post a Comment