Nuffnang Ads

Wednesday, October 30, 2013

Budu, Tempoyak dan Belacan.

Assalamualaikum WBT,

Setiap orang dalam dunia ini ada benda yang mereka suka dan mereka tak suka. Tapi saya orang Melayu, satu benda je diantara benda-benda yang boleh dimakan yang saya tak boleh makan ialah gajus, hazel nut, badam dan satu lagi adalah buah perah. 

Kalau macam gajus, hazel nut, badam serta buah perah ni jenis kekacang dan mempunyai lemak yang saya tak boleh nak tolerate. Kesan gajus, hazel nut dan badam kepada saya adalah lepas makan je, walaupun sikit, mesti saya akan muntah. Ia seolah-olah menggaru tekak ni dan menyebabkan saya muntah, dah banyak kali dah. That is why la kalau cam kuih-muih raya yang ada badam, hazel nut dan gajus ni, memang tak la saya makan. huhuh. dan the new one is buah perah, buah perah ni lemak juga dan ia membuatkan saya pening kepala. Tak tau la kenapa, so saya boleh makan, tapi tak banyak lah, sesikit je.

Tapi kalau kekacang ni biasalah lah, hampir ke semua orang suka makan, so, lagi satu yang saya suka adalah, BUDU (fermented anchovies turned into liquid), tak tahu nak letak apa dalam English. Tapi, kalau budu ni, ramai orang yang tak boleh tolerate, sebab apa? Sebab sesetengah daripada kita rasa, ia mempunyai bau dan rasa yang tak menyelerakan. Katanyalah, saya tak tau sebab saya memang suka makan budu ni, tapi takde la teguk macam air kan.

Saya suka juga makan belacan, tapi nak buat sambal belacan ni tricky sikit sebab kalau terkurang or terlebih sesuatu bahan, tak sedap wooo. Nanti rasa lain macam, hihu... dan tempoyak, huuuu.. memang suka. Kadang-kadang kalau takde lauk sangat, guna je tempoyak buat air asam tempoyak dengan ikan bilis, habis cerita, sedap dah pun makan dengan nasi, kenyang!

Tapi iya la, ramai je yang tak mampu nak makan macam saya lah, tak boleh makan gajus, hazel nut ,badam dan buah perah sebab memang tak boleh nak makan, nak buat camne kan? hihu...

Kadang-kadang nampak cam mengada-ngada sebab tak boleh nak makan, tapi hakikatnya, memang tak boleh nak makan, nak buat macamne kan? So, terima je lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: so, kira alergi la kan?

2 comments: