Nuffnang Ads

Sunday, October 20, 2013

Designer Didi Naik Haji RTM1

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya berkesempatan tengok telemovie Designer Didi Naik Haji di RTM 1. Saya follow Instagram Didie Alias, memang saya da lah tengok dia posted a few pictures on this telemovie.


Okay, memula tengok cerita ni, memang kelakar. Dengan Mak Jah (Ferry) pakai turban yang gila bapak atas kepala, dengan Didie Alias (Didi) yang pakai wigs bagai, memang kelakar. Lepas tu, dengan Bibik Neng yang mengajar Didi bagaimana untuk solat, dia guna rotan wehhh!!! haaaa... kelas kau bibik. Bibik camni yang orang nak, ni tidak, menyeksa anak-anak kecil, gila?

Pertengahan cerita, Didi mengalami konflik, konflik cinta, konflik anak-anak dan konflik kerja. Dimana dia diuji dengan pelbagai ujian. Ferry yang salah sangka dengan Didi, anak-anak Didi yang mengatakan dia bercinta dengan Ustaz Khairi (Amar Ashraf) dan Didi yang terganggu dengan kerja. Didi juga ada mengikut kelas agama dengan Ustaz Khairi dan lama kelamaan, Didi jatuh cinta dengan Ustaz Khairi tetapi dia mengaku dan Ustaz Khairi juga tidak menolak jodohnya dengan Didi. *kelakar weh time ni...seyes! hahahaha... Adam tidak bersetuju dengan apa yang didengarnya. 


Diakhirnya, memang sedih. Pandai kau berlakon Didie Alias, dan Adam (Aedy Ashraf) yang azan bila Didi nak pergi dari rumah tu memang menyentuh hati. Perrghhh.. tapi melihatkan turban Ferry yang menggunung tu, tak jadi nak nangis. hahahahha.. 

Tapi memang cerita ni best, saya suka. Ia membawa mesej yang tidak apa pun yang terjadi kepada diri kita, tidak semestinya kita tidak mendapat hidayah Allah SWT. Janji hati hendak berubah, yang lain-lain itu boleh diuruskan, kan? 

Assalamualaikum WBT

p/s: cantik Didie Alias bertudung. 

2 comments:

  1. kalau Didie Alias berlakon memang kelakar

    ReplyDelete
  2. Muhammad Zul Fahmi : kan.. Thanks sebab komen kat sini.

    ReplyDelete