Nuffnang Ads

Wednesday, October 30, 2013

Encik BEN dan Encik MAT menjadi Inspirasi. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Dalam setiap apa yang kita lakukan, kita mesti ada guide or panduan, so, dalam berblogging ni, lagi la kena ada pandua, kadang-kadang panduan datang dengan kita bertanya atau mungkin dengan hanya banyakkan membaca.

Macam saya, saya ada panduan atau blog yang menjadi panduan saya. Ada beberapa, tapi saya highlight dua blog ni sahaja lah eyh?

1. Ben Ashaari
2. Dapur Tanpa Sempadan

Dua blog ni memang saya suka. Kalau Encik BEN dia tulis je fasal apa pun, tapi benda yang ditulisnya ada maksud tersirat yang membuatkan kita berfikir. So, kepada yang cam malas je nak fikir maksud tersirat yang Encik Ben tulis, baca je la surfacenya. Dulu Encik Ben tulis sal hal macam-macam, tapi sekarang minat terhadap yang lain tu dikurangkan dan dilebihkan kepada anak beliau yang comel sungguh, suka buat duckface, pipi tembam, Qhaliff Iman. Anak pertama Encik BEN, so, biasalah kan. 

Keduanya, Dapur Tanpa Sempadan dari hasil nukilan Encik Mat Gebu. Kalau tiap kali saya buka dashboard, kalau saya nampak makanan jer, itu la tanda blog encik Mat telah diupdated, dengan gambar-gambar makanan yang membuat saya terliur. Aduuuhhh... perut kenyang jadi lapar, kan? Siapa tak follow lagi blog encik Mat ni, sila lah follow, memang kenyang perut korang nanti.

Dan saya ada satu lagi sebenarnya, 

3. Kak Jee

Kak Jee dulunya wartawan, pelakon dan sekarang dia buat macam-macam, pendek kata, ahli perniagaan milliun je lah senang, habis cerita. Ada satu masa aritu, saya tengok cerita kat tv3, cerita lama, pastu, tengok-tengok, tengok dalam-dalam, lah!!!! Kak Jee rupanya!!! berlakon dalam cerita apa tah, tapi ada Mr Os, AR Badul dan entah sapa lagi. Suka sangat tengok Kak Jee time tu, berlakon memang tak dibuat-buat, real weehhh.. hebat!

Dan, saya nak gtau ni, sepanjang saya berblog, Google.com.my memanglah menjadi enjin carian kan, tetapi, dua blog diatas juga menjadi sumber yang baik, mari saya tunjukkan.




Blog kawan saya Nadhirah pun menjadi penyumbang jugak, Thanks. Walaupun tak banyak pageviews dalam masa 3 tahun ini, tapi tetap saya gembira menjadi blogger, walaupun tak sepenuh masa. Terima kasih kepada yang menyokong secara langsung dan tak langsung. Dan kepada Inspirers yang memang hebat! Terima kasih diatas tunjuk ajar.

Assalamualaikum WBT

p/s: terharu...
p/s: kepada yang nak tengok blog dorang, click kat Bloglist kat tepi kanan tu..

2 comments:

  1. blog mereka labyg akak mula mula baca dan tau pasal blog dulu..oh ya...bangunan tu kat simpang renggam johor.

    ReplyDelete
  2. sama la kak WC,, saya pun tengok blog dorang masa saya memula menulis blog..hehehe

    ReplyDelete