Nuffnang Ads

Tuesday, October 8, 2013

Jangan Mengata atau Mengeji.

Assalamualaikum WBT,

Okay, tadi saya dengar mak saya bercakap,

"Tau tak adik aritu, mak pergi tempat orang kawen, lepastu ada sorang ni, mak cik &*(), laki **&( tu, ya Allah, mulutnya, kuatnya mengata. Iya lah, tempat orang kahwin, nak cakap macamtu, kenapa la gamaknya. Tuan rumah tu bukanlah orang senang, tapi boleh di cakap camtu..."



haaa... camtu lah ceritanya. Saya bercerita ni bukan niat nak memalukan, tetapi, dengan niat untuk memperbaiki diri saya dan rakan-rakan pembaca. Kita semua sedia maklum, mengata dan mencaci adalah perkara yang buruk jika disertai dengan niat untuk mengata dan mencaci. Kan ada cara lain untuk menyatakan sesuatu TANPA memalukan, bukan? 

Tapi itu lah, kadang-kadang sifat riak menguasai diri kan? Sifat suka sangat menunjuk-nunjuk ada berlebihan dalam diri. Saya tak cakap orang lain, setiap manusia dan sifat riak yang sering menjadi destinasi dalam hidup, cuma sifat itu perlu dibedung untuk mengelakkan perkara tidak elok berlaku. 

 Tetapi, kalau dengan kawan-kawan rapat, tak kisah sangat lah, ini tidak, menunjuk dengan orang lain. Orang lain tak paham kita, susah. Kalau kawan rapat or kawan yang memang dah kenal kita, tak kisah sangatlah kan, sebab kita tahu perangai kawan kita dan kawan kita tau perangai kita kan? 

Pokok pangkalnya, hidup kita ni bukan berpaksikan harta semata-mata. Banyak lagi orang yang lebih baik dan mempunyai lebih harta dalam dunia ni, kita? kalau dibandingkan dengan orang yang lebih rendah daripada kita,memanglah kita lebih dari mereka, cuba bandingkan dengan mereka yang jauh lebih hebat daripada kita? mesti agak kerdil rasanya diri kan?  Takpe lah, janji cukup untuk diri okay?

eyh... nak rehat jap, baru lepas masak. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: mengisi apa yang perlu diisikan. hehehe
p/p/s: Iyaaa..mak saya panggil saya ADIK! hahaha
p/p/p/s: Sesungguhnya kalau kamu bercakap mengenai seseorang itu mengata (dengan niat) dan jikalau ia tidak betul, maka kamu telah memfitnahnya. So, hati2.

2 comments:

  1. cara terbaik tak nak mengata ni banyak membaca. :) lepas tu sibukkan diri. ha, tak sempat la nak gosip sebab badan dah penat. .haha

    ReplyDelete
  2. Liza Licha : kaaannn.. banyakkan menulis entry..barulah diri tak terasa nak mengata kan??? thanks.

    ReplyDelete