Nuffnang Ads

Friday, October 11, 2013

Kelopak Mata Kiri Berkedip, Cangkul Melahad Berlaga, Tanda Ada Orang Nak Mati.

Assalamualaikum WBT,

Memulanya, saya nak ucapkan takziah kepada sebuah keluarga di kampung saya ini yang telah kehilangan ayahanda tercinta. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Allahyarham meninggal ketika tidur dan balu menyedarinya ketika allahyarham tidak lagi bernafas. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan Allah SWT.

Kerdipan kelopak mata kiri saya terjawab pagi ini tadi. Baru semalam saya terserempak dengan allahyarham di kedai di hadapan rumah, namun, allahyarham memang dikatakan ada menunjukkan tanda-tanda kematian, seperti tidak banyak bercakap. Hanya Allah yang tahu, al-Fatihah.

Dan, petang tadi, di kampung sebelah pulak, kehilangan seorang warga emas *sakit tua. Semoga ahli keluarga tabah dengan dugaan dan anggaplah ujian Allah SWT itu sementara kerana banyak lagi ujian Allah yang lain yang perlu dihadapi oleh kita yang hidup ini. 

Sebenarnya, saya bukan nak menceritakan satu cerita yang menakutkan, tetapi, ini adalah cerita benar, sumpah demi Allah, cerita benar. Okay, setiap dalam kampung mesti ada seorang penggali kubur kan,dia dan rakan-rakan akan menggali kubur dan melahad liang lahad kan? Well, di sesetengah tempat, kubur yang digali, tiada liang lahad. Hendak menggali liang lahad perlulah menggunakan cangkul yang pendek.

Dan, jikalau saya mendapat ilham daripada Allah SWT dengan kerdipan mata kiri, jikalau ada kematian or musibah, si penggali kubur ini mendapat ilham yang lebih hebat. Beberapa malam sebelum kematian seseorang, cangkul yang digunakan untuk menggali liang lahad tersebut akan berbunyi seolah-olah berlaga. Iya, cuba lagakan cangkul or apa-apa lah yang diperbuat daripada besi. Camtulah bunyinya. 

Kisah ini diceritakan oleh abang saya pada tengahari tadi. Dia pun salah seorang team penggali kubur. Saya pun pernah masuk dalam lubang kubur untuk meletakkan Allahyarhamah mak cik saya. Alhamdulillah, tiada ada apa yang berlaku. Alhamdulillah.

Abang saya yang ceritakan, sebenarnya saya pun tidak tahu-menahu akan cerita ini sehinggalah abang saya cerita. Sebenarnya, banyak lagi tanda-tanda yang Allah bagi kepada kita, tidak lah secara direct kan? Salah satunya adalah seperti, kalau kita tengok ke langit dan langit kalau nak malam lain kan? Tapi, kalau langit tu merah, or orang panggil Senja Merah, selalunya ada perkara yang buruk berlaku, seperti pertumpahan darah akibar kemalangan or something like that lah.

Saya pun masa Allahyarhamah mak cik saya meninggal, kelopak mata kiri saya kerap berkedip, lebih kurang 1 minggu sebelum mak cik saya meninggal, ia berlaku. Kadang-kadang sampai ia membuatkan saya rasa menyampah lah. Tapi, nak buat camne kan, ia cam bergerak-gerak camtu. Kadang-kadang saya gosok mata saya tu, sampai sakit lah, hihu.. :)

Tapi itu semua rahsia Allah SWT. Jodoh, rezeki, mati adalah tiga benda yang Allah SWT tidak bagitau kepada hambanya. Ingat itu.

Okay, sampai di sini sahaja lah, nanti kita jumpa lagi eyh. *cam rancangan tv lak..hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: korang lak? ada pengalaman camni?

8 comments:

  1. Thanks sharing...saling beringat..nice...:-)

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu pun..
    mungkin betul..
    hanya mereka yang tahu.
    kadang penggali kubur ni dia tak cerita benda2 macam ni.
    tapi hanya depa yang tahu

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pun..
    mungkin betul..
    hanya mereka yang tahu.
    kadang penggali kubur ni dia tak cerita benda2 macam ni.
    tapi hanya depa yang tahu

    ReplyDelete
  4. Norfanil : mungkin, tapi saya tahu dari penggali kubur kampung saya.. hihu.. :)

    ReplyDelete
  5. Norfanil dan Azieks : terima kasih sebab komen.. :)

    ReplyDelete
  6. Nazirah : yup.. hanya Dia yang tahu...

    ReplyDelete