Nuffnang Ads

Monday, October 28, 2013

Kita Lelaki Kena Pandai Masak!

Assalamualaikum WBT,

Orang kata, nak memikat lelaki, si wanita itu haruslah pandai memasak.

Tapi, pada zaman sekarang ni, janganlah letakkan semuanya keatas wanita, kita sebagai lelaki pun kena pandai memasak. At least, tau nak masak nasi camne kan? Air untuk beras tu berapa, berapa kali basuh beras. At least tahu, bayangkan kalau wanita (isteri kita) wahhh.. sakit. Camne? takkan nak makan kat luar sentiasa? Kan? Kalau ada orang gaji tu lain cerita lah, tapi kalau sendiri punya cerita kan? Lagipun, pembantu rumah sekarang mostlynya tak boleh dipercayai kan? Gitu.

So, berbalik kepada lelaki memasak. Ramai lelaki yang menjadi chef, tapi janganlah guna alasan itu semata-mata hendak berbangga. Tak payahlah nak fancy-fancy macam restaurant 16 bintang Michelin tu, tak payah *BTW, Michelin kat sini bukan jenama tayar tu eyh.

Tahu masak nasi, masak ayam goreng, masak telur goreng, nasi goreng dan air tea o dah cukup hebat dah, sebagai seorang lelaki yang memang nature-nya bukan seorang tukang masak, tetapi takkan lah nak tahu itu sahaja kan? Ambil lah inisiatif untuk belajar memasak, kalau isteri masuk dapur, janganlah duk duduk je kat depan tv tu, at least, tolong isteri memasak, potong bawang putih, bawang merah, letak minyak dalam kuali, mesin kelapa *kalau guna kelapa. So, kalau isteri ada hal ke, outstation ke, at least dia takkan risau sebab hubby dia pandai masak, dan takkan kelaparan.

Rasanya, rata-rata semua lelaki tahulah basic memasak kan? Takkan lah tak tengok mak korang memasak dahulu, takde lah nak suruh buat lemang ke tiap-tiap malam kan? Please lah dan cake takkan orang buat setiap malam unless kau buka kedai kek kan? Haa.. nampak tak situ?

Jadi, rajin-rajinkan memasak untuk isteri anda dan ask dia supaya jujur dengan masakan itu, tapi janganlah isteri kata tak sedap, BOOM! terus hempas kuali dan pinggan dan merajuk TERUS TAK NAK MASAK! hahaha.. ingat chef yang ada nama sekarang ni tak kena kritik ke? Dorang pun kena kritik jugak lah.. so, jangan expect masak dua kali terus rasa cam chef terkemuka punya masakan. Kadang-kadangkan, ada luck jugaklah.

Contoh kita buat kari, kari ayam, contoh eyh, kali pertama masak, pergghh!!memang world class, sebab ikut resepi, kali kedua masak, huurrmmm.. rasa, tak sedap! sebab? kononnya sebab dah sedap kali pertama, kali kedua dah boleh tackle kari tu, hurmm.. silap! last-last longkang yang kenyang. Kali ketiga, tengok resepi dan guna guts, instinct, jangan lupa guna lidah untuk merasa masakan, kalau rasa sedap dan rasa cam orang lain punya kari, so, kari tu sedap lah dan at least, kita dah belajar something kan? dan kita akan ingat apa yang kita belajar tu.

Memasak ni, selalu saya cakap, its all about guts, instinct, creativity dan improvisation. Sebab apa? sebab kadang-kadang, kita ada bahan tapi tak mencukupi, so, improvise lah kat situ kan? BTW, pandai masak dan tahu masak adalah dua perkara yang berbeza ye... ingat tu.

So, kita sebagai lelaki haruslah pandai memasak. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: bukan susah pun...hehehhe

2 comments:

  1. thanks for writing this entry. saya pun tengah belajar memasak.

    ReplyDelete
  2. Muhammad Zul Fahmi : ur welcome, hope you happy reading my writings. Kan, tak salah lelaki belajar memasak.

    ReplyDelete