Nuffnang Ads

Thursday, October 3, 2013

Lagi Masakan Calon MasterChef Malaysia!!! Spaghetti Italiano...

Assalamualaikum WBT 

Selamat pagi semua...jap lagi saya nak pegi giat kejap, ada hal. hehehe.. tapi! sebelum itu, saya tidak akan meninggalkan rumah tanpa ada makanan, iya lah...mak saya gi kebun, ayah saya gi ladang, akak pun pergi ladang, anak-anak sedara sekolah,  abang saya pergi ladang, tinggallah saya dengan rumah saya ni.. *apa ayat ni? hahaha..

hari ni saya masak!!! jeng jeng jeng... masakan Italy!! Spaghetti dan small shells. Apa? mari saya tunjukkan.



 haa... senang je nak masak Italian ni...hahaha..those spageti dengan small shells tu beli je kat pasar raya sebab saya tak belajar lagi cara nak buat...hehehe.. so? yang masaknya adalah kuah tu...the sauce.. saya amik tomate based... so...saya amik yang classic biasa punya dengan letak minced beef.. cara nak buat sauce? 

Bahan-bahan :

1 kilo tomato (amik yang masak, yang lembik2, lagi best, manis je)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 senduk lada kering kisar
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 paket daging hancur
Italian spices (oregano,basil,thyme) *saya beli dalam botol tu, semua ada, amik je yang tu.
Lada hitam (ditumbuk)
1 batang Lobak merah
Minyak zaitun
Garam halus

Cara-cara membuatnya :

Prepping :

Masakkan air bersama sedikit garam dan minyak zaitun. Bagi mengelegak dan masukkan spageti dan tunggu sehingga masak. Ulang proses yang sama untuk small shells.

Tinggalkan 1 atau 2 biji tomato (untuk di dadu) dan selebihnya dimasukkan ke dalam pengisar. Kisar bersama sedikit minyak zaitun, Italian spices dan lobak merah. Kisar sehingga hancur. *jangan isi air sebab tomato sudah banyak air.

Proses memasak

Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.
Masukkan bawang putih, bawang besar dan saute untuk seketika. Then masukkan lada kisar dan masakkan ia sehingga masak.
Bila sudah masak, masukkan tomato yang sudah di dadu tadi. Masakkan lagi. 
Biarkan sehingga ia agak kering then masukkan minced beef tadi. Masakkan lagi supaya daging itu masak. 
Selepas daging itu agak masak, masukkan bahan kisar (tomato, lobak merah dan minyak zaitun)
Masakan sehingga ia masak dan reduce sehingga ia agak kering. *jangan kering sangat, nanti tak sedap.
Rasa masakan anda, masukkan garam, lada hitam dan italian spices untuk rasa. 
Bila sudah masak! boleh makan!!! hahahah...

Siap!!! saya dah kenyang dah!! ni nak bersiap g giat jap!

Assalamualaikum WBT

p/s: terfikir nak buat buku lak...tulis buku masakan...

4 comments:

  1. pijut : yup.. thanks... terima kasih sebab komen...hehe

    ReplyDelete
  2. Mat Gebu : aaaahhhhh... terharu mat gebu komen.. rasa cam selebriti lak...hahhaha.. thanks encik mat!!

    ReplyDelete