Nuffnang Ads

Wednesday, October 2, 2013

Lagu Tugasan Akademi Fantasia 2013 Minggu-4!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Eyhh.. dah tidur ke semua? Letih eyh? iya laaa.. esok nak kena bangun awal, esok keje kan? Takpe2. kalau dah tidur nak buat camne.

Baik, untuk kali ini saya nak post fasal Akademi Fantasia 2013 dan ini adalah Minggu 4. Apa pilihan lagu untuk 'bintang-bintang' Akademi Fantasia 2013 ni? Dan apa yang terjadi kepada Faizal Tahir sebagai Inspirer? 


Okay, Faizal Tahir telah menyerahkan tampuk Inspirer kepada Melly Goeslaw. Bintang yang berusia 39 tahun ini merupakan Inspirer kedua yang akan mencurahkan ilmu dan cuba menjadi sumber inspirasi kepada 'bintang-bintang' Akademi Fantasia 2013. To me lah kan, Melly Goeslaw ni memang eccentric sikit dan tengoklah lagu-lagu yang dihasilkannya, banyak yang best dan ada sedikit kerumitan di dalam lagu gubahannya kan? 

Apakah lagu pilihan untuk 'bintang-bintang' Akademi Fantasia 2013 ini untuk Minggu ke-4? Baik, tadi saya tengok Diari AF 2013 dan sebenarnya sebelum membahagikan lagu kepada 'bintang', Melly telah membuat pilihan lagu tetapi ada sedikit twist dan dia meminta Azhael untuk memilih lagu untuk rakan-rakan mereka. So, ini adalah lagu-lagunya.

Irmisa - Angin Syurga (Misha Omar)

Review : okay, lagu ni sebenarnya memang sedap dibawa duo or solo, dan lagu ni memang dah sedap, Misha Omar bawa lagu ni dengan hebat dan vokalnya yang mantap dan ini menjadi satu tanda aras untuk Irmisa untuk membawa lagu ini to another level. Be bold with choices jangan tahan-tahan suara, let it out! okay? 
 
Suhada - We Found Love (Rihanna feat. Calvin Harris)

Review : Lagu We Found Love ni sebenarnya agak susah, nampak je melodynya cam senang gitu, tapi sebenarnya lagu ni agak susah, tapi dengan vokal yang Suhada ada, ia mungkin menjadi lain sedikit, siapa tahu kan?
 
Faizul - I Love You (Najwa Latiff)

Review : Lagu I Love You ni adalah lagu beberapa bulan lepas dan masih baru lah, so, I would love to see how Faizul sing this song. Lagu ni pun mempunyai melodi yang senang tapi just see how he handle this song, Shall we?

Aisyah - Hanya Aku (Hyper Act)

Review : Lagu Hanya Aku ni bapak lah famousnya, so, tekanan untuk Aisyah sikit lah untuk minggu ni. People akan compare dengan penyanyi asal, confirm sebab versi itu sudah lama berada dalam kepala peminat, so, be careful, jangan tukar sangat melody, not good. Jangan lah lari jauh sangat, kot ya pun nak jadi diri sendiri, try improvise dari segi vocal, jangan tukar melody boleh? please..

Amira - Ya Maulai (Dato' Siti Nurhaliza)

Review : Lagu Ya Maulai ni memang mencabar, terus terang cakap, sebab apa? ia memerlukan stamina untuk menyanyikannya. Banyak tarian, for sure, dan lagu ni lagu tradisional dan ia adalah lagu yang sedikit laju, so, watch out Amira, you might fall, but teruskan berlatih okay? Suara you dengan lagu ni sangat lah sesuai tapi one day, I would to see her singing lagu Sharifah Aini, boleh?

Nabila - Aku Yang Tersakiti (Judika)

Review :  Ini lagu bunuh diri kalau ia tidak dinyanyikan dengan baik sebab apa? Pernah dengar suara Judika??? Rocker sikit kan suara dia? Cuma satu suara je yang mampu seiring dengan suaranya, suara Tantri dari Coklat. Fuuuhhh.. tapi rasanya Nabila boleh lakukannya, dengan suara Nabila yang unik dan high pitch tu, you can do it girl! Just JANGAN MENJERIT OKAY MASA NYANYI?

Indah - Putih-putih Melati (ST 12)

Review : Sejujurnya, saya pun tak faham kenapa lagu camni masuk dalam Akademi, punya banyak lagu yang best, classic, lagu ni juga yang dibawa masuk dan Indah menjadi mangsa lagu camni. Tapi cabaran tetap cabaran, Indah kena amik cabaran ni dan pull it off okay? You gonna be great! you have great voice.
 
Nona - Bruno Mars (tak tau lagunya)

Review : Lagu Bruno Mars, seperti mana semua tahu adalah lagu yang seronok dan fun dan incredibly fast track. So, be careful Nona not to trip okay? Stamina ke cukup untuk bawa lagu ni, sambil berlari, nyanyi lagu ni okay? Kalau okay, so, you pass the test lah. hehehe.. gitu.. but I know you can do it. 

Azhael - Hazama (tak tau lagunya)

Review : Campak je lagu apa-apa pun, dorang memang boleh bawa. hahahha.. so, I have nothing now. But I would love to see them bawak lagu Kurniaan Dalam Samaran. Can they pull it off? who knows kan? hehehe.. 

okay, itu je lah..nothing much for now. I will update more later on Akademi Fantasia 2013.

Assalamualaikum WBT

p/s: takde lah jadi cam official blog ke apa, cuma nak update jew..hehehew

No comments:

Post a Comment