Nuffnang Ads

Tuesday, October 8, 2013

Lagu Tugasan Pelajar Akademi Fantasia Minggu ke-5 dan Prediction!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda sekalian? Mesti semua sihat bukan? Alhamdulillah, moga semuanya sihat belaka lah ye...


Baik, saya malam ni nak post fasal Akademi Fantasia 2013 Minggu ke 5! Yup, dah masuk minggu ke 5 dah, macam-macam dah berlaku dalam AF 2013 ni, mesti semua hendak tahu lagu apa yang diberikan oleh Melly Goeslaw kepada pelajar Akademi Fantasia 2013 untuk persembahan mingu ke 5 ni kan? Baik, jom kita tengok!

Okay, saya bagitau my prediction untuk lagu ni sekali eyh? 

Irmisa - My Heart (Irwansyah dan Acha Septriasa)

Irmisa dapat lagu My Heart iaitu lagu duet dua artis Indonesia, Irwansyah dan Acha Septriasa. Lagu ini pernah menjadi siulan anak muda ketika filem Heart ditayangkan di Malaysia dan merata tempat serantau. Sejujurnya, lagu ini agak biasa dari segi vokal yang dilantunkan oleh Irwansyah dan Acha dan ini adalah moment yang perlu dimanfaatkan oleh Irmisa untuk menebus segalanya. Harmoni tu jaga, jangan tergelincir sana sini, Jangan main campur aduk entah hape-hape okay? Lagu ni senang, dan it meant for you both, lagipun, melody dia simple dan please, DO NOT SCREW THINGS UP! okay?

Azhael - Pencinta Wanita (Irwansyah)

Azhael kali ni dapat lagu yang mempunyai melodi yang mudah dan simple. Seperti juga lagu My Heart yang akan dibawa oleh Irmisa. Cuma yang membezakan kedua-dua duo ini adalah kawalan suara dan harmoni. Itu sahaja, kalau nak ikut feel and emosi, kedua-dua duo ini mempunyai kawalan emosi yang agak sama. Jadi, kelebihan Azhael adalah di kawalan suara dan harmoni dan it does matter sebab duo without harmony so, payah lah kan? Apa guna duo kalau takde harmoni tak gitu? And advice foe Azhael, put more on the soul and emotion yes? do not just nyanyi, try something to make people convince with your singing. Singing tu memang dah baik dah, so, emosi tu lebihkan sikit. Okay?
 
Amira - Skyfall (Adele)

Skyfall diberikan kepada Amira dan to be honest, melody lagu ni bapak lah susahnya!!! slow but haunting, you know what I mean kan? Cam melancholy gitu, memang mellow but strong, Camne nak cakap eyh, cuba lah korang dengar lagu Skyfall ni. Memang haunting dan it adalah satu cabaran besar untuk Amira. Well, i think she knows English very well kan? So, I think there is no big problem with her pronunciation kan? Lagu ni cam, kalau rendah dia rendah yang cam mellow, but then, kalau tinggi dia mellow gak, naik slow-slow camtu. Kena dengar lelama dan tangkap melody DAN! please, Amira, jangan ubah cara nyanyian lagu ni one the first part but then after brigde, you nak buat cam vocal acrobatic ke, running ke.. apa ke, buatlah. BTw, lagu ni memang Anugerah kat Academy Awards for Best Original Song dan juga di Golden Globe for the same category. No pressure yes? 

Nabila - Wajah Rahsia Hati (Fauziah Dato' Ahmad Daud)

Fauziah @ Oggy dah masuk fakulti sebagai cikgu untuk memberikan ilmu kepada pelajar sekalian dan lagu Wajah Rahsia Hati ini diberikan kepada Nabila. Jadi, I keep on saying the same thing, Nabila has to prove to those listeners and viewers that you deserve to be on the stage okay? To be honest, lagu ni sebenarnya, rasanyalah, memang fit untuk suara nabila yang kecil tu, dan I would the fakulti to bring back those all songs yang memang suara cam Nabila ni lah, kan dorang time lama-lama dulu nyanyi dengan suara yang camni, so, try look for one song and give it to Nabila. Biarpun lagu tu lagu lama tapi kalau ia fits with her unik voice, so, takde hal lah kan?

Aishah - Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslaw ft Eric)

Aishah diberikan lagu Indonesia juga, lagu Ada Apa Dengan Cinta dan lagu ini dinyanyikan sendiri oleh Inspirer kedua, Melly Goeslaw. Adakah unsur kejutan yang akan diberikan oleh pihak produksi untuk menarik pengundi Aishah untuk mengundi Aishah kembali? Iya lah, lagu ini dinyanyikan oleh dua orang, secara berduet. Adakah Aishah akan berduet dengan Suhada? Adakah? adakah? adakah? Kemungkinan itu SANGAT BESAR.. Tapi all and all, lagu ni agak fit lah dengan suara Aishah, melody senang dan simple, so, sepatutnya Aishah boleh bawak lagu ni.

Faizul - Ajari Aku (Anuar Zain)

Lagu Anuar Zain diberikan kepada Faizul. Adakah suaranya boleh mengalunkan lagu ini? Suara Faizul kan tinggi sikit kan, so, key kena tukar sikit lah kot, tapi kita tengok dulu tapi saya sejujurnya rasa, lagu ni tak fit lah dengan suara Faizul sebab weight suara Anuar Zain ni memang kaw-kaw hebat and to me, Faizul does not possess that weight. So, kita tengok je lah nanti eh?
 
Suhada - Akhir Ceritera (Hazama)

Suhada dapat lagu baru ni rasanya. Kalau betul la lagu ni, kot-kot salah kang, sebab saya tak tahu lagu apa yang Suhada dapat. Saya dengar Hazama dan mungkin lagu ni, sebab lagu satu lagi tu dah last week kan? So, memang tak lah satu lagu dua kali bawak kan in the same competition kan? So, I guess lagu ni, tapi kita semua tahu suara Hazama kan? Tinggi dan powerful. Dapatkah Suhada menandingi kemampuan vokal Hazama? Kita saksikan nanti...
 
Indah - Pergi (Aizat)

Pada saya, Indah could just sing any song. Lepas pada last week, dia mendapat perhatian saya. She could turn any song to Indah, so, dia memang hebat kan? Lagipun, lagu Pergi ni memang takde masalah kot, sebab lagu ni balad, gemersik suara Indah would make this song even better. Go for it Indah, take it subtle this week, okay?

So, itu dia, senarai lagu untuk pelajar-pelajar Akademi Fantasia 2013 yang akan membuat persembahan hujung minggu ini. Kepada peminat, jangan lupa untuk mengundi pelajar kegemaran anda dan pastikan pelajar kegemaran anda sampai ke final okay?

Agaknya ada yang marah dengan my comments kat atas ni...hahaha

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantuk dah!!!

No comments:

Post a Comment