Nuffnang Ads

Wednesday, October 2, 2013

Laporan Ketua Audit Negara 2012- Headline akhbar terpilih.

Assalamualiakum WBT,

Apa khabar semua? Mesti rata-rata sudah baca Laporan Ketua Audit Negara 2012 kan? dalam masa setahun, berapa puluh juta or should I say billion yang telah diBAZIR kan?

Baik, saya memilih untuk membaca dari tiga jenis akhbar, pertama, Sinar Harian, kedua, Berita Harian dan terakhir, Utusan Malaysia. Saya sebenarnya lebih suka untuk membaca Sinar Harian, tetapi untuk hari ni, saya beli ketiga-tiga akhbar ini adalah untuk membuat perbandingan. Hihu.. saya tahu, kebanyakan berita adalah keluaran dan tulisan BERNAMA tetapi kadang-kadang, ada pihak men-twist-kan cara penyampaian. 

Oleh itu, saya dengan senang hari memilih untuk membaca Sinar Harian sebab penyampainnya yang lebih telus dan tulus. 

Baik, mula-mula, mari kita baca headline.

1. Berita Harian : Pendedahan Ketua Audit
2. Utusan Malaysia : Sindiket Rasuah Tumpas
3. Sinar Harian : BAZIR LAGI

Mana lebih menampakkan kesan yang negatif terhadap benda-benda yang memang negatif ni?

Muka Hadapan Berita Harian :

RM 319,568 dibayar Kementerian Kesihatan Malaysia kepada dua syarikat untuk kempen di Facebook dan Twitter.
RM 8.14 juta kerugian ditanggung kerajaan akibat 2,002 urus niaga diesel pada harga RM1.25 seliter berbanding harga sebenar RM1.80
MAIPP - Syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Pulau Pinang As-Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd buat pelaburan di institusi kewangan yang tidak diluluskan.
KUIS - tanggung RM11.3 juta akibat kelemahan pengurusan dalam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor/
RM3.317 BILLION nilai 160 projek Jabatan Kerja Raya yang dimansuhkan secara Penamatan Bersama atau Penamatan Biasa bagi tempoh 2007-2012.
11.5 bulan bonus dibayar anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan iaitu Ladang Tapis Sdn. Bhd. tanpa kelulusan kerajaan negeri, walaupun mencatatkan kerugian.
PDRM kehilangan 309 barang iaitu senjata api, gari dan kenderaan menyebabkan kerugian RM1.33juta.
LHDN tak pungut tunggakan RM 54.03 juta daripada 147 syarikat.
KDRM gagal agih 7,659 pasang kasut kepada kakitangan sehingga terpaksa dilupus menyebabkan kerugian RM602,089

Muka Hadapan Sinar Harian :

PDRM hilang aset RM 1.33 juta
Kempen media sosial "Intervensi Penyakit Berjangkit" & Tak Nak Merokok cecah RM0.32juta
Pengendalian teruk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) untuk sekolah cecah RM2.052 billion
Kementerian Kesihatan bazir RM38,000 bahan kempen anti merokok tidak boleh guna

Muka Hadapan Utusan Malaysia :

Sindiket Rasuah Tumpas.
SPRM tahan 8 lelaki, rampas RM 1.2juta
Empat bot bernilai RM5j milik Vietnam ditahan
PDRM hilang aset RM1.33 juta termasuk 44 senjata api
Khazanah ditegur 55 lukisan bernilai RM3juta tidak disimpan dengan teratur
MERS 999 lakukan pembayaran tidak wajar
Kerajaan rugi RM4.89juta JKR tidak tuntut bayaran pendahuluan.

Ini baru sikit, saya hanya bagi headline lah..saya nak study dulu, then baru lah buat entry lain, saya nak cari lah buku Laporan Audit 2012 ni, katne eyh???

Assalamualaikum WBT

p/s: hujan lebat sangat ni.

1 comment: