Nuffnang Ads

Saturday, October 5, 2013

Minum Susu Untuk Sihat, Jom!

Assalamualaikum WBT,

Saya selalu dengar orang dok cakap sal Susu. aaah, susu tu.. susu yang putih tu kan. Orang kata, 

"Jangan minum susu, nanti gemok!!!"

Nak je cakap, 

"urm.. buta agaknya orang ni, saya ni dah memang gemok.. gitu!!"

tapi! bila saya baca Berita Harian bertarikh 5 Oktober 2013, hari ni, Rohaniza Idris *penulis article cakap, susu bukanlah penyebab pertambahan berat badan, penyakit. Haaa! siapa nak jawab tu?? ha? ha? 




Baik, dia ada tulis fakta mengenai Susu, saya tak tau la dia amik dari mana, sebab takde pulak dia tulis mengenainya kat situ kan. Rohaniza tulis, ada 15, bukan 1, bukan 2, bukan 10 TAPI!! 15 nutrien yang ada dalam susu yang kita minum tu, tapi susu yang betul-betul susu lah, bukan susu manis tu.. okay? 

1. Kalsium
 *baik untuk tulang dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang kuat. Haa.. ingat pesawat je ke ada kos penyelenggaraan jutaan ringgit? Gigi dan tulang pun ada tau! tapi murah je lah.. hihu... Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah, otot biasa dan fungsi saraf.

2. Protein
*Susu mengandungi asid amino yang penting untuk kesihatan yang baik, ia menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran tubuh. Haaa.. ni boleh untuk 'pembesar-pembesar tubuh dan otot' yang ada kat Malaysia ni, makan protein bebanyak, then voila! tubuh anda akan jadi besar. Telur adalah satu protein yang penting, jadi, makan telur banyak-banyak, lagipun, telur murah dari daging ayam dan daging kan? Ia juga penting untuk imuniti dan meningkatkan pembangunan otot dan kekuatan dan ia membaiki tisu-tisu dalam badan.

3. Fosforus
*Lebih kurang sama dengan kalsium, penting untuk pembentukan tulang, gigi yang kuat, penting dalam sistem saraf dan enzim serta dalam sel darah. Ia juga bertindak dengan Vitamin B untuk melepaskan tenaga daripada makanan.

4. Kalium
* penting dalam sistem saraf, membantu dengan mengawal tekanan darah dan penghasilan enzim.

5. Magnesium
* Membantu penyerapan kalsium dan mengekalkan bahagian penting dalam struktur mineral tulang dan gigi. Ia juga penting untuk memindahkan tenaga ke seluruh badan.

6. Zink
* Membantu pertumbuhan dan pembangunan keseluruhan badan dan ia juga penting untuk penyembuhan luka dan mengekalkan sistem imuniti badan.

7. Vitamin B
* Membantu membebaskan tenaga daripada makanan. Penting untuk mata dan kulit yang sihat. Membebaskan tenaga daripada makanan untuk mengekakan aktiviti harian.

8. Vitamin A
* Mengekalkan kulit yang sihat dan ia penting untuk fungsi penglihatan dan imunisasi yang betul. 

Malangnya, Puan ke Cik Rohaniza Idris ( roha@bh.com.my ) ni bagi banyak ni je, so, tak cukup lah 15 kan? hihu.. selebihnya, anda boleh cari sendiri lah..okay? hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyang ni, baru lepas balik dari kenduri minum petang.

No comments:

Post a Comment