Nuffnang Ads

Wednesday, October 30, 2013

Pembinaan 1,000 Menara Telekomunikasi Di Seluruh Malaysia? Iya ke?

Assalamualaikum WBT,

Telah diumumkan di dalam Bajet 2014, sebanyak RM1.8 billion untuk peruntukkan pembangunan komunikasi di Malaysia, ini adalah buktinya.

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM1.8 bilion bagi melaksanakan fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) merupakan pengiktirafan kepada sektor telekomunikasi sebagai pemangkin dan pelengkap pembangunan ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini adalah menyeluruh dan memberi fokus dalam membangunkan prasarana telekomunikasi supaya ia dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

"Penambahan kelajuan jalur lebar di pinggir bandar dan luar bandar serta pemasangan kabel dasar laut baharu akan menjadikan hubungan integrasi antara penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak lebih akrab dan kuat.

"Malah, 1,000 menara telekomunikasi yang akan dibina di setiap kawasan luar bandar juga akan meningkatkan hubungan internet, dan dapat menghubungi sesama saudara dengan lebih pantas lagi," katanya.
Menurutnya peranan telekomunikasi sangat penting dan amat mempengaruhi kehidupan harian rakyat Malaysia.

Ahmad Shabery berkata, dengan peruntukan itu, Malaysia dapat menyerlahkan lagi kedudukannya dalam bidang telekomunikasi di peringkat antarabangsa.

"Dalam beberapa tahun akan datang, Malaysia akan berada di tahap baharu dari segi hubungan telekomunikasi dengan mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan bermaklumat melalui penggunaan rangkaian telekomunikasi yang moden dan canggih," katanya. - Bernama
 
Okay, baca dah baca kan? Ini adalah sumber BERNAMA, credential news centre, so, jangan main, *kawan saya kerja kat situ... saya bangga dengan awak!!! hehehe... 

Saya sebenarnya agak skeptikal dengan benda ini, iya, kita semua tahu selalunya benda-benda yang bertender ni, projek bertender akan selalu ada ketirisan, sebab apa? sebab ia selalunya mengutamakan kenalan-kenalan dan rakan taulan yang ada syarikat yang membuat perkara itu dan ada juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa, mungkin sedikit daripada apa yang diberikan akan diberikan semula sebagai hadiah. Sejauh mana perkara ini, mungkin kita dapat lihat di Audit pada tahun akan datang, okay?

Baik, ni saya nak cerita sikit, kampung saya adalah salah sebuah daripada kampung yang ada di Malaysia yang memang PAYAH untuk dapat line telefon. Entah kenapa, selang dua kampung dari kampung saya, di Kampung Jerkoh, KUALA LIPIS adalah satu menara telekomunikasi, di Kampung Jeram Besu, RAUB, ada satu menara telekomunikasi dan selang satu kampung di Kampung Temalir, RAUB ada satu menara telekomunikasi dan di Kampung Sega, Raub ada satu menara telekomunikasi dan di Benta, KUALA LIPIS, ada menara telekomunikasi yang bapak besar dan banyak TETAPI MALANGNYA!!! di kampung saya signal dari kesemua menara telekomunikasi ini tidak SAMPAI, apakah ini semua perlu terjadi?

Saya pun pelik, selalunya kalau situasi macam ini, capaian signalnya mungkin tinggi, tetapi, bila kami nak menggunakan telefon kan, like my telefon, ya Ampun, susahnya!!! kadang-kadang, ada beberapa bar tapi malangnya, tak dapat. Penipuan ke? ke camne? sedih? memang sedih! tak tau la nak buat camne dah, takkan nak redha je. Letih juga, contoh, kalau ada kematian ke apa, susah jugak, kena letak tetinggi, baru dapat line. Pening.

Dah lah, nanti komplain lagi, biar lantak. Katanya, kalau komplain banyak gila, disuruhnya kita buat kerja dia. Bodoh!

Assalamualaikum WBT

p/s: panas hari ni, Alhamdulillah, amin. Syukur kepada Allah SWT.

2 comments: