Nuffnang Ads

Sunday, October 6, 2013

"Penyelenggaraan 'bintang' AF selepas AF 2013" - Melly Goeslaw.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua di petang Ahad yang sungguh sunny ni, kan? 

Baik, lagu Waris tu cakap, Ompek-Satu Sonyum lebar kan? kalau 6-1? tahniah diucapkan kepada Kelantan kerana menewaskan Johor Darul Takzim (JDT)*rebranding yang memang best di tempat sendiri. Bagus, Kelantan memang best, ada yang kata Kelantan main kasar, well... itu pandangan masing-masing kot, cuma insiden Mat Yo semalam tu tidak boleh dijadikan tanda aras untuk menghukum TRW kan? gitttuuu...


Baik, malam ni, pada pukul 9 Malam, Akademi Fantasia 2013 untuk persembahan Minggu ke-4 akan berlangsung di Plaza Angasana Johor Bahru. Adakah mereka akan mempersembahkan sesuatu yang bagus or hanyalah satu persembahan biasa yang tidak boleh diberikan status 'Bintang'? Itu kita kena saksikan pada malam ini, Ahad, 9 Malam, Adakah bintang sebenar akan bangkit?? Semua pertanyaan itu akan terjawab pada malam ni, dan kalau malam ini tiada jawapannya, malam minggu hadapan pulak dan kalau takde, minggu seterusnya, sampai final, okay?

Tadi saya terbaca satu artikel dalam BPop dan dalam artikel tersebut, Melly Goeslaw ditemubual dan dalam pembacaan saya, yang paling menarik minat saya adalah soalan terakhir dari wartawan hiburan tersebut. 

"Apakah perancangan selepas Akademi Fantasia 2013?" tanyanya.

Jawapannya, *saya amik apa yang saya faham sahaja je eyh? 
 
Dia cakap, akan fokus kepada bakat (AF) dan penyelenggaraan adalah penting dalam membentuk bintang sebenar.

To be honest, this what should Astro does from the beginning, berapa ramai dah 'Graduan' Akademi Fantasia? maybe more 100 people kan? Ke mana mereka? Pada saya lah eyh, penentuan keberjayaan sesebuah program itu adalah bagaimana mereka dididik SELEPAS AF itu. Sebab itu Melly Goeslaw cakap "penyelenggaraan itu penting", inilah sebabnya, ramai lepasan AF yang masih mencari jalan dalam seni hiburan ini kan? Ada juga Juara yang menyepi dan tiada harapan diberikan oleh pihak pengurusan. Betul tak?

Tapi, ini lah realiti tv, realitinya adalah SELEPAS daripada program. Ibarat kata, mereka sudah memberikan ilmu dan nasihat, selepas pada program ini, haluan telah ditetapkan, para lepasan AF perlu mengorak langkah sendiri. Itu adalah realiti, sad but true. 

Jadi, undi 'bintang' kegemaran anda, dan terus mengundi untuk menyaksikan bakal 'bintang sebenar' beraksi di Final Akademi Fantasia 2013 okay?

Baca perkembangan mereka di SINI

Assalamualaikum WBT

p/s: panas wooo...

No comments:

Post a Comment