Nuffnang Ads

Friday, October 25, 2013

Review : Akademi Fantasia 2013 Minggu 7, Prediction.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak? Hujan la tempat saya dan saya ni duk rasa cam nak kena selesema jee... tak selesa betul.. 

Okay, baik, untuk persembahan pelajar Akademi Fantasia yang minggu lepas punya, rasanya saya skip je lah kot, sebab memang tak sempat dah, saya memang tak sempat nak tonton persembahan dorang minggu lepas, hihu.. raya kan.. hehehe.. So, untuk minggu ni saya akan tonton, dan sebelum tonton tu, saya nak review dan buat prediction for their performances (duet) with other singers (mostly AF Alumni except for Alif Satar) *dont you see that? hehehe..

Okay, baik, mari kita mula.

Nabila – Keliru feat Alif Satar

Baik, tak dinafikan lagu ni memang lagu duet, well memang semua lagu adalah lagu duet kan. Untuk lagu Keliru yang dinyanyikan oleh Nurul dan Ajai ni, lagu ni memang bagus, lepas AJL pun kan? hihu...menang tak silap, takpe, jangan dirisaukan yang dah lepas. Untuk duet Nabila dan Alif Satar ni, suara Alif Satar memang best cuma saya risaukan Nabila, sekarang saya baru dapat tangkap yang suara Nabila ni memang kuat sebenarnya. Kuat means cam suara Duffy yang outstanding, cuma Duffy punya suara ada emotion dan Nabila, its just loud and kuat, she needs to put emotions in her singing, otherwise, rugi lah, ada suara yang unique tapi takde emosi. Sayang dik. Suara awak memang unik dan takde lagi rasanya kat Malaysia for this milinea ni, cuma zaman dahulu kala adalah, zaman 50-an gitu.. ada, cuma yang membezakan Nabila dengan penyanyi zaman dahulu adalah EMOSI. Biarpun suara dorang camtu, tapi dorang ada emosi. Lagu gembira, dorang gembira, lagu sedih, dorang sedih, tapi Nabila, saya refer kepada persembahan lagu Fauziah Dato' Ahmad Daud yang fun tu kan, suara awak tenggelam timbul, kenapa? Kena sustain, suara kena sustain. Kalau suara cam roller coster, orang dengar pun cam roller coster lah, Naik Turun, Naik Turun. Rugi dik, manfaatkan apa yang dipelajari dan for now, kalau nak tunjuk Kekwat sangat, janganlah, masa tak panjang. Fikir dalam-dalam okay? For that ugut bunuh, jangan hiraukan sangatlah, keep on learning.

Prediction Bintang : 5/10

Indah – Terlanjur Cinta feat Aril

Sebenarnya, saya tiada masalah dengan persembahan Indah dan dia telah tunjukkan she deserves be on the stage and take the limelight kan? So, in this case sebenarnya, Aril akan tenggelam dek Indah sebab suara Indah ni ada power tersendiri. Rasanya she will be just fine la kan.

Prediction Bintang : 8/10

Suhada – Hanya Memuji feat Mila

Okay, untuk Suhada, secara jujurnya, dia ni ada suara yang macam meneran tu kan. Saya tak berapa suka, cam suara Adi (Manusia Putih) tu, yang lead vocal Sixth Sense tu, tak suka. Tapi for this song, saya tak tahu, mungkin ia bertepatan dengan vocal Suhada and Mila rasanya tiada masalah sebab range Mila pun boleh tahan dan lagu ni lagu nada tinggi dan rancak, so, no problem for her kot. Bimbang Suhada je lah.

Prediction Bintang : 5/10
 
Amira - Mendung tak bererti hujan feat Hazama

Huurrmmm... vokal Amira is besar and Hazama mempunyai vokal yang juga stand out cam rock sikit camtu kan? This too would be a good duet and eager nak tengok and dengar how this work out. BTW, lagu ini dinyanyikan oleh Ella dan Deddy Dores... camne la agaknya yer?

Prediction Bintang : 7/10

Faizul – Penghujung Cintaku feat Adira

Lagu ni dinyanyikan oleh Pasha (Ungu) dan Adelia. Sorry, saya sebenarnya memang tak pernah dengar lagu ini. Mungkin tidak sampai ke telinga saya, nak dengar lagu ni tapi internet slow so, tak dapat lah kan. hihu.. tapi apa-apa pun, Faizul memang the underdog dalam competition ini, dan dengan kehadiran Adira, it would be very nice, dua-dua dari Sabah. So, ada chemistry gitu, ada kimia, cuma Adira, jangan jatuh hati dengan Faizul pula, tapi kalau jatuh hati pun apa salahnya, kot-kot lah dapat tunjuk dalam lagu kan? Eyh? Penghujung Cintaku lak tajuk lagunya, ada Hafiz kat situ, ada adik Aliff Aziz, well.. kecik kan dunia hiburan Malaysia? hahaha..

Prediction Bintang : 8/10

Azhael – Menggegar Dunia feat Stacy

Azhael, sebenarnya Azhael ni selalu cuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang mereka lakukan. apa pun, saya percaya yang mereka akan membuat yang terbaik untuk persembahan lagu ini. Vokal mereka memang bagus, so, dan Stacy will the the perfect fit, vocally for this team. Lagipun, Azhar mempunyai capaian note yang tinggi dari Hael dan Hael pula mempunyai capaian note yang lebih rendah berbanding Azhar dan raspiness from Stacy pula akan memberikan kelainan dalam lagu ini. CUMA!! lagu ni mempunyai tarian yang menarik dan I would love to see Azhael menari dengan baik. Huuurrrmmmm... 

Prediction Bintang : 8/10
 
Aisyah – Sembunyi feat Hafiz

Aisyah, dengar kata kakinya masih lagi sakit, lagu ni adalah dari Misha Omar *great vocalist, Andy Flop Poppy *great voice. So, Hafiz pulak, hellooo... amazing vocalist, Anugerah Juara Lagu,.. berapa kali dia menang Vokal Terbaik. huhuhu... suara Aisyah lak camtu sikit, so this would be a very interesting duet. 

Prediction Bintang : 7/10


Okay, sekarang dah minggu ke 7, so, tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk ke final, so, this performance actually will change the cuaca of the voters. Give your best and kill the song with your vocal abilities. Okay?

Siapa yang akan terkeluar?
Prediction : Suhada

Assalamualaikum WBT

p/s: Love Datuk Siti Nurhaliza!!! 

No comments:

Post a Comment