Nuffnang Ads

MY BELOVED FOLLOWERS

Monday, October 28, 2013

REVIEW : Akademi Fantasia 2013 Minggu ke 7.

Assalamualaikum WBT

Apa khabar semua? Mari kita review persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia 2013 untuk Minggu ke 7.


Persembahan pembukaan.

Persembahan pembukaan dari pelajar-pelajar Akademi Fantasia 2013 adalah baik dan masuk je Dato Siti Nurhaliza, the persembahan memang the bomb! saya tengok tadi sebab Dato Siti, pandai Astro nak naik ratings eyh.. bagus2. good marketing strategy. Bagus2. Gile nak review persembahan Dato Siti, memang world class. Hands down!

Persembahan pelajar-pelajar:
 
Indah – Terlanjur Cinta feat Aril

Macam Roslan Aziz cakap, almost no flaws in Indah's performance, cuma, yang saya dapat tengok lah, Indah ni ada style nyanyi yang suka buat messa di voce. Kenapa? Cuba sustain je the note tu, bukan apa, teknik nyanyian tu, kalau banyak sangat guna dalam sesuatu lagu, payah kitaorang pendengar nak dengar lagu ni, setiap patah lirik dalam lagu tu takde, ilang dek teknik tu. Ingat tu, bukan tak boleh nak guna langsung, cuma, kalau banyak sangat, tak best jugak ye dak? Lagipun, tone suara Indah ni bagus tapi bila dia nyanyi weight tu kurang, its thin. Yup. Tapi, Duet yang baik, tak Terlanjur Cinta terhadap Indah.

Bintang : 7/10
 
Suhada – Hanya Memuji feat Mila

Hurm... tadi tu Roslan Aziz cover je tu, kan? Well, sorry, for this performance, he was outshone by Mila. Mila ada bagi chance untuk Suhada shine, tapi malangnya, dia chose to not to shine. Meaning, dia menari instead of nyanyi. So, To me persembahan dia takde flare, memang lagu Hanya Memuji ni agak senang untuk dibawa, tetapi, Suhada memberikan lebih perhatian kepada Mila, so, takde lah. Saya Hanya Memuji Mila kerana menyanyikan lagu ni dengan baik. Nasal awak tu masih ada lagi eyh?

Bintang : 5/10 (effort menari)

Aisyah – Sembunyi feat Hafiz 

Okay, to be honest, jika hendak dibanding dengan minggu Pertama Aisyah di AF 2013 ni, banyak improve. She keep on improving herself and I could really see those improvements to night. She can hit the high notes actually, walaupun suara dia cam shaky sikit, tapi she did waaayyy better that those previous weeks. Dia juga sustain the note of the music. Bagus, suka dengar, instead of bringing the note down with weird singing style, she sustained the notes, suka!!! Saya masih ingat yang Roslan Aziz cakap supaya bagi dia lagu yang cam pop candy, pop rancak camtu, baru minggu ni dia dapat, lamanyaaa... Hafiz, nak cakap apa fasal dia? Dia menang dengan Dato Siti okay, so, hands down juga!!

Bintang : 8/10
 
Amira - Mendung Tak Bererti Hujan feat Hazama

Syafinaz dalam AF Buzz selalu tidak bersetuju dengan comment the jurors, tapi rasanya kali Amira did good. Good je eyh, takde la sampai great, her suara with that kind of arrangement memang brought out the goodness of her voice. memang bagus, cuma, memang kita tahu, kalau dengan suara yang dimiliki oleh Amira, memang dia takkan dapat hit the high note with ease, cuma dia hanya boleh guna contralto yang dia ada untuk membawakan lagu yang sebeginilah, mellow sikit, tapi tone dia saya suka. Rata-rata penggiat muzik suka suara camni, ada beberapa sahaja dalam Malaysia ni, Zur Eda, salah seorang daripadanya. Kalau dengar suara Zur Eda, memang resemble Amira ni.  Hazama? Good companion for Amira, to me their voices compliment each other, so, baguslah kan? 

Bintang  : 8/10

Nabila – Keliru feat Alif Satar

Hello, even the juror tak tahu nak cakap apa kan? Dorang pun terkejut dengan undian yang diperolehi oleh Nabila bila didedahkan dipermulaan persembahan. Saya pun terkejut, ramai sangat ke peminat Nabila ni. Huhuhu.. saya terbayang tadi, bayangkan kalau AF2013 ni, Nabila menang? Aduhhhh... hahahha.. kalau dia menang, jelaslah undian menentukan segalanya, even Edry cakap tadi, kalau camni la undiannya, Astro has to do something to the format of the competition. Tapi kalau dia menang, itu menunjukkan betapa HEBATNYA undian kan? In the end, they have to crown someone to be the winner kan? Nabila ke akan jadi juara? Entah lah.. dan kembali kepada penilaian nyanyian, hurrmm. Keliru dengar nyanyi Nabila, to be honest, I was trying very hard to find one good thing about her singing, tapi malangya, I could not find any. Honestly, suara Nabila ni lain sikit, kecil dan out of place kot. My sister tak pernah dengar suara Nabila, and when Nabila bagi salam, my sister terkejut dengar suara Nabila, dia cakpa "Lah.. ini ke suara dia ni? Kenapa camtu? siapa pilih dia ni?" Saya jawab, "Fakulti yang pilih, entah kenapa". Sekian kan? Alif Satar banyak bantu Nabila dalam persembahan tadi tapi tu lah, nak buat camne kan? huhuhu.. Kesian.

Bintang : 5/10

Faizul – Penghujung Cintaku feat Adira

To me, ini persembahan duet yang terbaik sekali!!! Memang hebat! penghayatan dari Faizul memang terbaik setakat ini. Dia ni menjadi cam Zahid AF 2 tau, slowly and gradually shine, so, sekarang dah minggu ke 7, dia buat yang terbaik dan everyone knows that he did amazingly, so, memang baik lah. Those previous weeks yang dia kena bambu tu, terbayar dengan persembahan yang terbaik dan amazing ni. Adira memang mempunyai suara yang baik dan great support from her untuk Faizul. Walaupun Adira cuba memainkan vokal akrobatik dalam persembahan tadi, Faizul tetap maintain, falsetto Faizul memang bagus, clear and concise. Bagus. I have nothing to say about Faizul anymore except fo, I am fan! Dia ni yang akan menang AF2013 bak kata Edry, "At the finale, a star will born and that star is you Faizul".

Bintang : 10/10
 

Azhael – Menggegar Dunia feat Stacy

Tak menggegar sangat dan they could not top the Khayalan song tu. Yes. Bukan vokal mereka tak bagus, ada sesuatu yang membuatkan ia menjadi moderate. Camne nak cakap eyh, its like when they want to do something, its tak sampai, like Amani dan Roslan cakap lah. Tak sampai. Bukan vocal tak bagus, cuma I think, this song is not for them la, tapi good effort to try something new kan? Lagipun, to on par with Stacy yang memang gila hebat, full of energy tu, memang takkan lah, Adam je kot yang boleh. Sorry eyh. Saya sebenarnya bosan tengok tadi, bila ada Stacy tu je saya cam excited balik, before that, huhuhu.. takde feel babe, takde.

Bintang : 7/10

Persembahan bonus : Zizan Razak feat Kaka (Infinity Cinta)

Ingat nak bawa pelajar sekali perform tapi tak. hihu... "saya nak perform lagu saya boleh tak?" cute eyh? memang cute pun. hahahha.. sengal kau Zizan. Jadi Dato' Siti eyh? aduuuuhhhh!!!! hahahhaha... sengal, kau pun tak tau yang video tu akan ada sekali kan? kau ingat video lain kan? kan? kan? Tapi bagus lah, Kaka pun boleh nyanyi live, suka lagu korang.

As expected, Suhada menjadi pelajar yang meninggalkan AF2013 di Persembahan Minggu ke 7. Siti wants to help him tapi apakan daya, tiada daya untuk tidak membantu Suhada, mungkin Suhada akan mencari jalannya sendiri di luar, menjadi penari bawah Alam Wakaka mungkin? 

Jadi, apakah Dato Siti mampu untuk membentuk para pelajar ini di Minggu ke 7? Iya, cuma Nabila, awak kena improve lagi, yang lain ada perubahan. Tapi time juri commented flaws during the performances pelajar tadi, camera fokus kat Dato' Siti, amboih, tak senyum langsung Dato', mencuka je, take note eyh? hihu... takpe, ada dua minggu lagi, so, keep it up yer Dato', I know you can! Yes, you can! dulu pernah dah kan jadi Mentor, so, no problem lah. Boleh punyaa...

So, itulah review untuk Persembahan Akademi Fantasia Minggu ke 7. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Kecewa dengan Nabila, Sorry.

No comments:

Post a Comment