Nuffnang Ads

Monday, October 7, 2013

Tanah Aina Restaurant Azreena, Raub Pahang. Seronok!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti semua sihat kan? Alhamdulillah, saya pun sihat jugak.

Tadi pergi satu tempat ni, Tanah Aina namanya. Pemiliknya adalah orang Melayu Islam, namanya, Sharifah Farhana Syed Mohd Yusof. Bagus dia ni, beli tanah sebab nak share dengan orang lain tentang kehijauan hutan yang semakin pupus dengan menanam pokok-pokok seperti durian, rambutan, manggis, jambu dan banyak lagi. 

Dia memang plan untuk reserve tempat dan hutan dan daripada itu juga, dia menjalankan perniagaan di mana Tanah Aina mengadakan service lah kiranya. Tanah Aina ni menawarkan berbagai jenis tempat untuk menenangkan otak dan minda! hebat bukan? suka saya tengok tempat ni. 

Tadi saya pergi ke Tanah Aina Azareena yang lokasinya di Jalan Tras, Bentong, Pahang. Cantik tempatnya. Yang menariknya, tempat ni adalah satu restaurant yang menawarkan steamboat. Hidangan steamboat di dalam hutan? Weird? tapi apa salahnya. Range harga dari RM 15.00 ke RM 60.00 tengok atas hidanganlah. Minuman range dari RM 2.90 ke RM 5.00. Kalau berkemampuan dan ingin makan di tengah-tengah hutan dan cam, nak tenang-tenang, boleh lah, bawak duit banyak sikit okay? hahahha..

Okay, for those yang memang sangat menyukai tempat-tempat camni, kat Raub ni, seriously! ada banyak, so, this place is actually one of it. Sebenarnya, tempat ni memang agak tertutup dan jauh dari hiruk-pikuk kota. Memang dahulunya ia adalah jalan utama hendak ke Kuala Lumpur tetapi, setelah jalan baru dibuka, tempat ini, Jalan Tras ini menjadi agak sunyi dan tenang. Itu yang kita hendak bukan? Ketenangan. So, mari bersama saya menikmati pandangan indah diwaktu petang sibat di Tanah Aina Azreena (Restaurant).
haaa.. ada sinki dan paip di merata tempat. hebat, memang memupuk kehijauan.

Pondok yang super cantik! cute giler! cantik giler. *pengsan.

Cantik kan? ni Jambatan yang ada kat situ.. tempat ni pun cantik untuk photoshoot...hihu..

 Lampu ni memang catched my attention! unik! suka!!

 Stream yang cantik. 

Takde la besar, nama pun stream kan?

ni pandangan dari hadapan restaurant tu.. pondok-pondok tu adalah cam tempat untuk makan.
Cantik.. cam ada privacy laa...

 Ni pulak pandangan kearah restaurant tu.. cantik restaurant ni.. atas ada lagi tempat eksklusif. Cantik!!

ni???? entah lah.. hahahha.. kurus tak kak ton dalam gambar ni???
Ni la budak yang nama Akmall Razlan tu..hihu... comel tak?

Kepada yang teringin sangat nak pergi ke sini, try click on the Tanah Aina kat atas tu, ada linknya saya bagi untuk memudahkan anda untuk berurusan. I want to try one day berada di sini. mana tau seronok kan?

Urrmm.. Puan Sharifah Farhana, tak nak bagi I try tempat ni ke? free? hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: ni dah review ni... ada la tak? hahaha...

No comments:

Post a Comment