Nuffnang Ads

Tuesday, November 12, 2013

Akademi Fantasia 2013 : AFMASUK telah diaktifkan!! Cepat undi...

Assalamualaikum WBT,

Selamat pagi semua, aduh, hari rasa cam tak sihat sangat... cam nak demam pun ada, selesema pun ada, macam-macam rasa sebab yesterday, kena hujan. Tak tau la kenapa sistem imunisasi saya agak lemah, mungkin pemakanan kot.


Tapi, apa-apa pun, ni nak bagitahu, kepada Peminat-peminat Akademi Fantasia 2013, talian AFMAsuk telah dibuka sejak dari semalam (11-11-2013) dan akan berakhir pada (12-11-2013), hari ini. Jadi, marilah kita undi bekas-bekas pelajar yang telah tersingkir dan berikanlah peluang yang sepatutnya kepada calon yang sepatutnya, okay? 

Baiklah siapa calon-calonnya?

AFMASUK SANI
AFMASUK DARREN
AFMASUK IMAN
AFMASUK NONA
AFMASUK IRMISA
AFMASUK SUHADA
AFMASUK AZHAEL

SMS: Taip AFMASUKnama singkatan PELAJAR>atau AFMASUK<3>
Contoh: AFMASUK10ke 32777
Kadar premium untuk setiap undian: RM0.50


Okay, kalau nak ikutkan hati saya, saya memang pilih Azhael atau Nona, sebab dua-dua ni ada vokal yang menarik, begitu juga dengan Irmisa. Irmisa mempunyai vokal yang baik, tetapi, ini adalah peluang untuk fanclub-fanclub untuk mengundi bekas pelajar pilihan anda untuk beraksi di pentas akhir. 

Keputusan akan diumumkan oleh Nabilicious dan Neelofalicious, dua-dua delicious ke? Ia akan diumumkan pada malam ini, 12-11-2013. Jadi kepada sesiapa yang nak tengok kebangkitan bintang sebenarnya, sebab ini baru betul bintang sebenar, sebab mereka telah tersingkir dan dibawa kembali untuk menunjukkan bakat mereka yang sebenarnya. Jadi, undi pelajar kegemaran anda, masih ada masa untuk berbuat demikian. Undi, undi, undi!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Nona atau Azhael.

No comments:

Post a Comment