Nuffnang Ads

Thursday, November 14, 2013

Akademi Fantasia 2013 : Analisis Lagu Akademi Fantasia 2013.

Assalamualaikum WBT,

Ingat tak dalam previous entry ada analisis yang saya nak buat? Ingat tak?

And, anak sedara saya dapat 2 A, 2 B dan 1 C untuk UPSR 2013, alhamdulillah, takkan nak marah pulak kan? Itu kemampuan dia, bersyukur kepada Allah SWT, amin.

Baik, untuk analisis yang saya nak buat adalah, Akademi Fantasia 2013, bermula dari awal minggu hingga ke finale, *walaupun finale takde lagi. Analisis ini adalah dari segi pemilihan lagu, saya akan buat peratusan lah, mengikut minggu dan jugal overall. Minggu 1- Minggu 10. 

Baik, setiap analisis ada tujuan kan? So, tujuan saya adalah 

1. Mengetahui jumlah lagu yang dinyanyikan oleh pelajar AF2013
2. Mengetahui jumlah lagu Malaysia, Indonesia, English dan Campuran (Mixed)

 Minggu pertama, sebanyak 11 lagu dari Malaysia telah dinyanyikan (pertandingan) iaitu mewakili 92 % dan sebanyak 8% sahaja lagu mixed dinyanyikan. Tiada lagu Indonesia dan Inggeris dinyanyikan. Lagu campuran tersebut ialah lagu Cinta di Akhir Garisan ( lagu cover dari Honeyz dari Australia).

 Minggu kedua menyaksikan tiada lagu Indonesia, English dan Mixed dinyanyikan. Hanya lagu Malaysia dinyanyikan sebanyak 100%.

 Minggu ketiga sama dengan minggu kedua.

Minggu keempat menyaksikan sebanyak 55.55% lagu Malaysia dinyanyikan di dalam Konsert Minggu 4 dan 0% lagu campuran digunakan. 33.33% lagu Indonesia dinyanyikan di konsert dan 11.11% lagu English dinyanyikan.


 Minggu kelima menyaksikan sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan lagu sebanyak 8 lagu iaitu 4 lagu Malaysia. Tiada lagu campuran dinyanyikan. 37.5% lagu Indonesia dan 12.5% lagu Inggeris dinyanyikan di Konsert kelima Akademi Fantasia 2013.


Pada minggu keenam, jumlah dominasi lagu adalah sama iaitu 37.5% bagi lagu Malaysia dan Indonesia. Ia mewakili 3 lagu dari setiap kategori. Lagu English dan Campuran, masing-masing sebanyak 12.5% iaitu 1 lagu setiap kategori.

 Minggu ketujuh, lagu yang mendominasi juga adalah sama, iaitu 42.85% bagi kedua-dua kategori, lagu Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 14.30% lagu campuran digunakan iaitu Mendung Tak Bererti Hujan yang dilantunkan oleh penyanyi asal, Ella dan Deddy Dores.

 Minggu ke 8 menyaksikan penguasaan lagu Malaysia semula, iaitu sebanyak 55.55% bersamaan 5 buah lagu. 33.33% lagu Indonesia iaitu 3 buah lagu dan hanya 1 lagu Inggeris dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantasia untuk minggu tersebut.

Minggu kesembilan menyaksikan 66.66% lagu Malaysia dinyanyikan dan hanya 25% dari jumlah keseluruhan lagu iaitu 3/12 buah lagu Indonesia dinyanyikan oleh para peserta Akademia Fantasia 2013. 8.34% lagu English dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantaisa 2013.

 Minggu kesepuluh atau minggu 'finale' Akademi Fantasia 2013 menyaksikan tiada lagu lain selain lagu Malaysia akan dinyanyikan di Konsert Akademi Fantasia 2013.



 Ini adalah pecahan keseluruhan lagu untuk 10 Minggu Konsert Akademi Fantasia. Sebanyak 73.46% bersamaan 72 buah lagu Malaysia dinyanyikan disepanjang konsert. 3.07% sahaja lagu campuran dinyanyikan sepanjang konsert berlangsung iaitu bersamaan 3 buah lagu. Lagu Indonesia sebanyak 18.36% dinyanyikan sepanjang konsert iaitu bersamaan 18 buah lagu. Lagu English pula sebanyak 5.11% iaitu 5 buah lagu sahaja.

 Jadi ini adalah analisis yang dilakukan. Kalau ada yang cakap, "eh,, takde kerja ke buat benda camni?" well, at least saya mahir guna benda ni kan? hahaha, you ada? BTW, kan Roslan Aziz dan Edry ada cakap kurang lagu Indonesia, dan di situ saya rasa cam, kena buat something ni untuk tengok peratusannya, so, inilah peratusannya. Hanya 18.36% sahaja lagu dari Indonesia dinyanyikan untuk sepanjang Akademi Fantasia. 

Pada minggu Pertama, Kedua, dan Ketiga, iaitu pada minggu Inspirer Faizal Tahir, tiada lagu Indonesia dan English dinyanyikan dan hanya ada lagu campuran 1 buah dinyannyikan oleh pelajar.

Pada minggu Inspirer Melly, iaitu pada minggu Keempat, Kelima dan Keenam, sebanyak 12 buah lagu Malaysia, 9 lagu Indonesia, 3 lagu Inggeris dan 1 lagu campuran dinyanyikan oleh para pelajar Akademi Fantasia.

Pada minggu Ketujuh, Kelapan dan Kesembilan, iaitu pada minggu-minggu Inspirer terakhir Dato' Siti Nurhaliza, sebanyak 16 lagu Malaysia, 9 lagu Indonesia, 2 lagu Inggeris dan 1 lagu campuran dinyanyikan oleh para pelajar.

So, terjawab lah sudah tujuan saya. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Analisis biasa jew...

No comments:

Post a Comment