Nuffnang Ads

Friday, November 15, 2013

Akademi Fantasia 2013 Konsert Akhir : Prediction.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua di petang Jumaat yang sungguh terang ni? Di tempat saya terang, tak tau la di tempat anda semua, in shaa Allah, semoga terang jugak lah ye...

Baik, tak lama, Ahad ini, Malaysia akan menyaksikan lahirnya seorang lagi bintang realiti tv iaitu dari Akademi Fantasia, adakah Juara itu akan menjadi hebat dan ternama seperti Hafiz, Stacy dan Hazama? Or adakah lesap senyap sendu sunyi seperti yang lain? Entah, itu kita kena lah sokong sebagai peminat bukan? 

Mari kita buat prediction nyanyian dan siapa yang akan betul-betul menyinar di Konsert Akhir Akademi Fantasia. Jom!

Aisyah (AFUNDI AISYAH 3/5/10/20 ke 32777)

Mimpi - Aisyah

Lagu Mimpi ini adalah ciptaan Ajai dan pada saya lagu ni best, sesuai dengan vokal Aisyah.

Prediction Bintang : 8/10

Lebih Indah - Dato' Siti Nurhaliza

Seperti mana yang kita semua tahu, lagu Lebih Indah ini terlebih dahulu diofferkan kepada Indah oleh Inspirer, tetapi, Roslan Aziz memberikan cadangan untuk Indah menyanyikan lagu Firework dari Katy Perry. Jadi, lagu ini diberikan kepada Aisyah untuk minggu akhir. Seperti mana yang kita juga semua maklum, suara Siti Nurhaliza adalah suara yang kuat dan mantap dan sangat best *pada saya dan juga, telinga Siti adalah alergic kepada note-note lagu or pitching yang ke laut China selatan ni, cuma dia malu-malu je nak cakap. Jadi, cabaran untuk Aisyah membawakan lagu ini, bukan hanya membawa tetapi dia juga perlu mendendangkan lagu ini dengan baik, jadi. Adakah Aisyah berjaya? Adakah Aisyah akan bounce to herself masa memula masuk AF dulu? Kita sama-sama saksikan persembahannya.

Prediction Bintang : 7/10

Indah (AFUNDI INDAH 3/5/10/20 ke 32777)

Percayalah - Indah 

Lagu Indah ni ballad lah, Indah boleh je bawak lagu mana-mana pun. So, good luck.

Prediction Bintang : 8/10

Jagalah Diri - Jaclyn Victor

Ada segelintir menyatakan bahawa lagu Jagalah Diri dari Jaclyn Victor ni tak dikenali dan tidak pernah didengari, jelaslah anda hanya mendengar sesetengah muzik yang dibawakan oleh sesetengah artis sahaja. Tahu tak lagu ni amat tinggi lagunya, nada yang tinggi dan kalau rendah, terus rendah. Memang dinamik lagu ni, so, melihatkan kepada bakat dan kemampuan teknikal vokal, hanya Indah yang mampu untuk membawakan lagu ini. So, I bet she can do it.

Prediction Bintang : 8/10

Nabila (AFUNDI NABILA 3/5/10/20 ke 32777)

Katakan Saja - Nabila

Saya dengar lagu ni, muzik best, tapi vokal. Urmm... hampa sikit lah. Sorry. Nak tengok dia bawak live lagu ni camne,..

Prediction Bintang : 6/10

Seandainya Masih Ada Cinta - Dayang Nurfaizah

One thing je, tolonglah jangan bawa Dayang naik pentas,takut nanti, buka je mulut Dayang, terus Nabila tenggelam. Lagu ni pun mempunyai melodi yang menarik. Suka lagu ni, tak tahu Nabila boleh bawak ke tak. Tapi takpe dik, dah final dah. Teruskan usaha masa keluar nanti eyh?>

Prediction Bintang : 6/10

Faizul (AFUNDI FAIZUL 3/5/10/20 ke 32777)

Sepasang Sayap - Faizul

Saya dah dengar lagu ni dimainkan di Astro Ria, and saya suka lagu ni. Memang lagu ni akan hits lah nanti. Tak caya, sila tengok lah. Muzik selambat, lirik bermakna dan vokal baik, what can go wrong kan?

Prediction Bintang : 9/10

Hanyut - Faizal Tahir

Lagu ni memula takde muzik, so Faizul boleh terbitkan lebih great vokal dan lebih great emotion kat situ. Dah masuk muzik tu, kena lagi strong lah suara tu, ni lagu rock and keras sikit lagunya, jadi, tak ley lah mellow-mellow kan? So, Dan saya rasa, dia boleh bawak lagu ni, lagu ni pun best, so, not a big problem for Faizul. Good luck.

Prediction Bintang : 8/10

Amira (AFUNDI AMIRA 3/5/10/20 ke 32777

Sesaat Untukku - Amira

Lagu baru Amira ni ciptaan Keroz Nazri, suka juga lagu ni, ala-ala lagu untuk Siti jugaklah, cam, ballad kan, so kena banyak main dengan emosi tapi jangan lupa lak nak control vokal tu, mana key bagai, okay? Sesuai lagu ni dengan Amira.

Prediction Bintang : 7/10

Terlalu Istimewa - Adibah Noor

Okay, kita semua tahu Adibah Noor menang AJL dengan lagu ni kan? SO, big song here. Adibah Noor adalah kalau tak silap mezzo soprano, so, Amira pula contralto kan, so, tengok la camne nanti, tapi rasanya Amira boleh bawak lagu ni. Good luck.

Prediction Bintang : 8/10

Azhael (AFUNDI AZHAEL 3/5/10/20 ke 32777)

Hentian Terakhir - Azhael

Okay, sejujurnya, lagu Azhael ni cam entah, saya dengar tak dapat feel lah. Tak tau kenapa, just not my music kot. Nak kata pop tak sangat.. nak kata ballad lagi la tak.. alternative pop kot..entah... Satu je, untuk Azhar, you know kan yang you ada this habis of moving your body kalau ada music, bagus sebenarnya tapi its kind awkward. Sebab gerakan and badan tak sync, so, hihu...

Prediction Bintang : 7/10

Penglipur Lara - Hazama

Well, Azhael ada vokal ability cam Hazama juga, CUMA, Hazama punya suara ada huskiness tu, Azhael ada tapi kena dibuat-buat lah, so, tengok lah camne nanti. Tapi rasanya, Azhael boleh bawak lagu ni dengan baik.

Prediction Bintang : 9/10

SO, itu hanyalah pendapat saya sahaja, prove me wrong guys. Lagipun, itu je yang saya boleh cakapkan sebab music arrangement memang tak dengar lagi kan? Mungkin it compliments your vocal ability, who knows kan?

Itu je lah... lama gila taip entry ni...

Eh? Siapa juara??

Well, my choice is Faizul. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Dengar DCT cakap tadi "Kita menjadi artis ni kena terima segala kritikan", Jadi, bukan jadi Artis je sekarang kena kritik, jadi Menteri pun kena kritik jugak, siapa kritik? ups!!

No comments:

Post a Comment