Nuffnang Ads

Thursday, November 21, 2013

Ali dan Mak Cik Karipap.

Assalamualaikum WBT,

Saya mulakan entry kali ini dengan satu dialog yer.. *dialog rekaan tapi ada isi di dalamnya, sila hayati.

Ali : Mak cik, saya nak karipap tiga biji, bungkus yer?

Mak Cik : Okay nak, *sambil mengambil tiga biji karipap dan meletakkannya ke dalam plastik.

Ali : Berapa yer mak cik?

Mak Cik : Semuanya RM 30, biasalah, macamtu lah, sebab itu termasuk dalam kos-kos pembuatan kuih, mak cik guna tepung berkualiti tinggi, air bertapis 100 kali, eh, tepung tadi tu pun bertapis jugak, dalam 200 kali lah, then, mak cik guna garam bukit yang memang tinggi-tinggi nun, ala-ala Gunung Everest dan untuk memasaknya, mak cik menggunakan minyak yang berkualiti tinggi yang diimport tadi luar negara, tapi masih menggunakan minyak sawit gred A+++, tiga lagi plus nak. Lepas tu, ni plastik ni, mak cik guna plastik import dari Korea, sebab mak cik rasa, untuk pelanggan mak cik, supaya pulangan mak cik lebih banyak, biarlah mak cik berbelanja sikit, lagipun, mak cik nak semangat tu, nanti puluhan ribu orang datang beli kuih mak cik, secara tak langsung, ekonomi mak cik meningkat. Syukur kepada Allah, Malaysia masih aman.

Ali : Kenapa mahal sangat mak cik? Kenapa perlu guna barang import semua, lagipun, barangan Malaysia kan ada? Mak cik ni takde semangat pat-rio-tis-ma langsung lah, kan ada kempen gunalah barangan Buatan Malaysia, lagipun, berkualiti apa.

Mak Cik : Bukan apa nak, mak cik nak menarik ramai pelanggan dan repeat buyers, lagipun, kos-kos ni semua, anak bukan tahu, mak cik yang buat segalanya, so, mak cik tahu lah. Nak tak nak, anak kena terima jugak sebab semua ni mak cik dah bungkus. Lagipun, RM30 tu bukannya mahal kalau nak dibandingkan dengan kos lain yang mak cik kena tanggung. 

Ali : Laa.. mak cik kan berniaga biasalah tu kan?

Mak Cik : Anak, mak cik ni berniaga karipap yang memang dah siap, ibarat kata, mak cik diberikan segalanya, tajaan lah kiranya, so, takde benda lah kan? Mak cik goreng je then mak cik jual, sikit-sikit lama-lama untung jugak, ramai juga orang datang ke gerai mak cik ni, macam sambutan lak jadinya.

Ali : Mak cik, takkan ada repeat buyers untuk produk mak cik ni kalau harga mahal macam ni. RM30 mak cik, kepada yang membelinya memang mahal, lagipun, mak cik bukan guna produk buatan Malaysia, kalau mak cik guna produk buatan Malaysia, semangat untuk repeat buyers, mesti ada. Kita ada banyak kaum dalam Malaysia ni, apa salahnya kalau mak cik guna sikit sana, sikit sini, takde lah orang nak pertikaikan nanti, ini tidak, produk luar jugak yang agungkan. 

Mak Cik : dah lah, anak, mak cik ni nak menjual karipap ni, lagipun, ramai lagi mereka yang nak beli. Nak bayar ke tidak ni?

Ali : Nak la mak cik, mak cik buat macamane pun, saya tetap akan beli sebab saya memang nak, tapi takkan ada repeat buy dari saya dah sebab saya dah serik. Seolah-olah mak cik menipu saya dan menipu Malaysia terus dengan mengagungkan produk luar.

Mak Cik : dah tu, awak nak panggil audit la ni??

Ali : okay lah mak cik, assalamualaikum.

Mak Cik : Waalaikumsalam.

So, moral of the story?

Cari sendiri dan banyaklah mendengar berita dan baca surat khabar.

Assalamualaikum WBT

p/s: kepada yang tahu isu hangat ni, mungkin dapat relate kot. Saje je buat camni, bagi berfikir.

2 comments:

  1. "Semuanya RM 30, biasalah, macamtu lah, sebab itu termasuk dalam kos-kos pembuatan kuih, mak cik guna tepung berkualiti tinggi, air bertapis 100 kali, eh, tepung tadi tu pun bertapis jugak, dalam 200 kali lah, then, mak cik guna garam bukit yang memang tinggi-tinggi nun, ala-ala Gunung Everest dan untuk memasaknya, mak cik menggunakan minyak yang berkualiti tinggi yang diimport tadi luar negara, tapi masih menggunakan minyak sawit gred A+++, tiga lagi plus nak. Lepas tu, ni plastik ni, mak cik guna plastik import dari Korea, sebab mak cik rasa, untuk pelanggan mak cik, supaya pulangan mak cik lebih banyak, biarlah mak cik berbelanja sikit, lagipun, mak cik nak semangat tu, nanti puluhan ribu orang datang beli kuih mak cik, secara tak langsung, ekonomi mak cik meningkat. Syukur kepada Allah, Malaysia masih aman.", good semantic and pragmatic usage....

    ReplyDelete