Nuffnang Ads

Sunday, November 24, 2013

Ayah dan Ibu.

Assalamualaikum WBT,

Orang selalu kata,

"Ayah adalah seorang lelaki, hati keras, payah nak menangis, lain dengan mak. Emak seorang wanita, hati mudah tersentuh dan terasa".

Kita semua sedia maklum jugak kan, emak tiga kali lebih penting daripada ayah kan? tetapi, itu tidak bermaksud kita tidak harus hilangkan rasa sayang dan hormat kepada ayah sendiri. Mungkin kita tidak perasan kot, yang paling banyak mencari rezeki untuk kita semasa kita kecil adalah ayah, mungkin kalau yang tiada ayah daripada kecil itu, ibu mereka lah yang mencari rezeki tetapi, kita pandang dalam konteks emak dan ayah.

Sebagai contoh, anak-anak pergi belajar then, memang betul, segala sumber kewangan adalah tanggungjawab ayah kepada anak-anak, tetapi apakah tanggungjawab anak-anak kepada ayah sendiri? 

Baik, saya juga masih mencari kerja dan saya juga cuba sedaya upaya melaksanakan segala apa yang ayah saya sendiri suruh. Mungkin perkara kecil-kecil, tapi jikalau diikut, impaknya besar. 

Tapi iya lah, kononnya bila dah besar, dewasa kan, ayah seolah-olah tidak diperlukan sebab katanya segala apa yang dilakukan adalah tanggungjawa sendiri. Pernah tak terfikir, bin dan binti siapa masa kita sendiri hidup dalam dunia ni? dan binti siapakah bila kita ditalkinkan nanti?

Mungkin kita tak pernah bertanya kepada diri kita sendiri kot. Kalau kita tahu kita akan mati bila, mesti kita akan bermaaf-maafan dengan mak dan ayah sendiri kan? mesti punyalah, tapi malangnya, kita tak tahu kita mati bila. Hebatkan Allah SWT? 

Kalaulah Allah SWT beritahu rezeki, hidup mati dan jodoh, mesti kita akan meroyan kan? Iya lah... *fikir sendiri. Tapi iya lah, kita hanya manusia biasa, hamba-Nya yang tidak mempunyai apa-apa sebab semua dipinjamkan Allah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sedaya upaya mencuba untuk menjadi lebih baik untuk my parents.

No comments:

Post a Comment