Nuffnang Ads

Thursday, November 28, 2013

Ben Ashaari, Dead Mine dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Takde kaitan!

Assalamualaikum WBT,

www.benashaari.com

Terkejut saya baca yang Abang Ben dari blog Ben Ashaari masuk web reality programme, The Influencer. Perghhh.. tengok, rezeki anak. Orang dok kutuk-kutuk dia cakap asyik feature gambar anak je... dah, landed rezeki lain. Iya la... gila kau? Takkan nak letak gambar Ben tengak menerap ke, panjat gril pintu ke, main air dalam kolam mainan tu ke, dia dah serik wehhh.. kang ada lak yang amik gambar dia buat benda-benda yang berunsur gay. Tak kuasa dia nak letak da, itu pun dah dekat puluhan riban acc fb *joke dalam FB sahaja, tempat lain tak tau lah.. apa-apa pun, good luck untuk Abang Ben atas rezeki tu, semoga Abang Ben menang eyh?

Kalau gambar budak-budak takpe, cam Qhaliff tu, orang tak kata pape pun, kalau Abang Ben buat cam Qhaliff tu, memang lah, hahahha.. siap lah, esok lusa adalah FB acc gay tu... hahahaha.. *moga Abang Ben tak marah la yer.. lawak je...


Baik-baik, itu selingan, tadi saya tengok cerita Dead Mine, seronok jugak, penuh karut marut bangang! Hahhaa.. tapi saya tengok sebab ada artist Malaysia berlakon, Carmen Soo, patut tengok cam familiar jer, rerupa, Carmen Soo, terus tengok sampai habis. Haha.. tapi motif cerita tu, memang tak kuat sangat, hihu...yang lawak tu, ada manusia hidup dalam tu sejak perang dunia kedua. Mampus, bapak menipu!

Sebelum tu, saya tengok cerita Before and After kat Life Inspired. Perghh.. kekaguman terlampau. Jepun ni memang hebat lah, kreatif dan hebat. Tak tau nak cakap camne dah. Tadi tu, diorang revonate satu kedai ni kat pulau kat Jepun tu. Lupa lak nama pulau tu, tapi memang teramat best lah. Kagum sangat, kalaulah dapat buat camtu kat Malaysia ni kan best? Hehehe...

http://en.wikipedia.org/wiki/Shahidan_Kassim 
 


Sebelum itu, saya tengok Parlimen, kan hari ni hari Khamis, so ada sidang Parlimen Malaysia ditayangkan di TV1. Saya tengok tu dan dalam banyak-banyak soalan dan jawapan yang diajukan dan dijawab oleh ahli Parlimen, saya tertarik dengan jawapan YB Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjawab isu promoting homestay dan produk yang mampu untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Malaysia. Baik, Datuk Seri tadi bercakap juga mengenai how we Malaysians always try to improve things in our own country but the fact it things that we want is already here. Dan Datuk Seri juga ada bercakap, penyataan akhir sebelum berhenti menjawab,


"Kalau saya tanya ahli Parlimen (semua) kat sini, apa yang ada di Muzium Negara? Mesti ada yang tak boleh nak jawab sebab tak tau. Kalau tanya fasal apa ada kat Muzium London semua tahu nak jawab apa. Itu lah kehidupan".

Lumrah manusia. Iktiraf apa yang berasal dari luar. Sama juga dengan negara kita, tubuh jawatankuasa yang rata-rata ada pemikiran luar, kononnya pemikiran orang luar lebih develop. Kesian.

Ramai je jurulatih luar kat Malaysia ni, kononnya mereka mampu untuk mencorakkan pemain dengan lebih sempurna. Hebat sangat mereka?

Dah la mencarutz... 

Assalamualaikum WBT

p/s: cuba nak seikhlas Abang Ben, nak mujur dapat job blog. hahahha.
p/s: BTW, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

No comments:

Post a Comment