Nuffnang Ads

Wednesday, November 13, 2013

Entry Pendek Untuk Hari Ini.

Assalamualaikum WBT,

Agak terkejut juga baca surat khabar hari ni, macam-macam berita pelik-pelik dan kekejaman berlaku. Risau dengan keadaan sekeliling yang seolah-olah takde undang-undang, padahal undang-undang ada, tapi ramai seolah-olah menutup mata dek nafsu sendiri.

sebagai contoh, yang menembak mati Pengarah Agama Pahang tu.. tembak pulak depan rumah, memang sesuatu yang sungguh menakutkan dan menyakitkan hati lah, pening baca. 

Lepas tu, yang pemilik TASKA yang mengaku tidak bersalah sebab mendera kanak-kanak. Okay, mestilah dia mengaku tidak bersalah sebab dia ingin dibicarakan. Tetapi, ada pulak dalam artikel tu katanya dia ada 6 orang anak, so, kalau orang dera anak awak, awak rasa camne? Baca kat sini jugak tadi. KAK JEE

Dengan berita luar negara, Taufan Zoraida yang berlaku di China, Filipina. Takut sungguh. Lagi satu, adalah menjadi satu trend kan, memberi nama yang best-best kepada Taufan, saya pun tak tahu kenapa orang memberi nama kepada malapetaka ni. Dulu Katrina, dan lain-lain lagi nama yang diberikan. Saya tak tau apa tujuan memberikan nama tersebut. Pelik. Tapi pada pendapat saya, mereka seolah-olah ingin cover keburukan apa yang terjadi dengan nama-nama tersebut, tapi tujuan utamanya entahlah.

Tahniah kepada Azhael kerana diserap masuk ke Akademi Fantasia 2013 semalam dan moga-moga mampu untuk bersinar di Pentas Akhir Ahad ini okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya takde lah minat sangat AF2013 tapi boleh lah...
p/s: Ada analisis yang saya ingin buat jap lagi...
p/s: Esok UPSR punya keputusan akan keluar..neves...




2 comments:

  1. singgah lepak sini minum kopi :) hm.. hope2 cepat selesai la kes tembak tu. bahaya sgt skarang ni. asl tak puas hati je tembak

    ReplyDelete
  2. kan..dah macam zaman robinhood lak..beza cuma dulu panah..sekarang senapang...huhuh.pump gun..seram...

    ReplyDelete