Nuffnang Ads

Friday, November 29, 2013

Jahit Baju Lelaki Lebih Susah Dari Jahit Baju Wanita...

Assalamualaikum WBT,

Sebenarnya kan, pakaian wanita lebih senang untuk dibuat berbanding pakaian lelaki, sebab tu kalau saya buat pakaian, susah sikit nak fikir untuk lelaki. Sebab apa, kalau nak buat cam baju biasa je, cutting tu akan jadi a little bit feminine. *rasanya dah cakap dah dulu, tapi lantak lah... hahaha..

Pastu, kalau design pun, saya memang buat design baju wanita je, kalau baju lelaki, susah sikit, kalau buat kemeja, Ya Ampun, menangis tau!!! huhuh.. masa saya belajar kat GiatMara Raub aritu, takde la sampai menangis je, cuma ada sebak rasa di dalam dada sebab baju kemeja tu susah nak mampus nak construct. I better buat baju wanita. Blouse tu pun at least tak la susah sangat kan, cuma, kolar tu je. kalau baju kemeja, ada panel lak kat bahu tu,, menyampah wehhh.. menyampah!!! hahahha.. tapi dek kerana nak belajar, saya gagahkan juga dan jadilah, *malu nak tunjuk sini. huhuhu...

Orang lain masa saya belajar tu pun lebih kurang sama je, ada langsung tak siap. Hehehe..kemampuan individu adalah berbeza, jadi tak boleh nak kata apa lah. Walaupun peralatan cukup semua, tapi kalau tak mampu nak keep up with the others, nak buat camne kan? Redha dan redah je lah... hehe..

So, sekarang saya tumpukan kepada yang cutting memudah je, hehe.. takde la cam complicated sangat kan, untuk ahli keluarga dan anak-anak saudara je,ada terfikir nak luaskan kuasaku, tapi tu lah, I need to revise more on my own ability, lots to think, deep thinking.

Saya pun dah start sketching yang light-light and focus more on few demographic markets. In shaa Allah...

Assalamualaikum WBT

p/s: bukan senang babe..
p/s: igt tak aritu janji nak post gambar bebaju yang saya jahit kan? hihu.. sabar je la dek non sekelian...

No comments:

Post a Comment