Nuffnang Ads

Thursday, November 14, 2013

Jangan Tekankan Anak-anak. *sempena result UPSR

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Esok adalah hari terakhir persekolahan bagi negeri selain Kelantan, Kedah, Terengganu kan? So, kepada Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka dah cuti dah esok, cuti sekolah telah bermula dan kepada negeri selain negeri-negeri tersebut, esok adalah hari last.

Hari ni adalah hari Khamis dan hari ini juga la keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Ada yang 5 A, ada yang 4 A, ada yang 3 A, ada yang 2 A, ada yang 1 A dan ada jugak yang tak dapat A. Ikut rezeki dan ikut kemampuan diri lah adik-adik, bukan lah nak kata yang dapat 5 A tu hebat, tidak lah, cuma dia usaha lebih, maka setimpal lah dengan usahanya itu.

Dan bukanlah juga nak kata yang dapat 5 A tu akan terus berjaya di masa hadapan, ada yang berjaya, dan ada jugak yang tidak berjaya. Pokok pangkal, usaha dik. Ada orang dapat 1 A pun, alhamdulillah, dia berjaya. 

Ada juga yang takde A tu, berjaya hidup senang, cuma jalan dia berbeza lah, itu ikut rezeki masing-masing. 

Tapi yang penting, janganlah penat dan janganlah pikir bukan-bukan. Okay? bukan apa, kita orang Islam, janganlah fikir sampai buat perkara-perkara yang mampu membalikkan Iman kita, okay? Kepada ibu bapa dan keluarga, jikalau anak tidak mendapat terbaik 5 A seperti anak orang lain, ingatlah, rezeki Allah SWT bagi berbeza-beza, JANGAN BEZAKAN KEMAMPUAN ANAK-ANAK KORANG. Jangan pulak..

"Tu ha!!! anak kak Selemah tu, dapat 5 A, keluarga sederhana je, makan nasi lauk garam je.. awak?"

Nampak tak kat situ? mungkin dia makan nasi lauk garam dia ada di rumah dan selalu temankan anak dia walaupun dia tak pandai nak menulis or membaca, awak? Ada temankan anak buat kerja sekolah? Mungkin nampak macam drama, tapi hakikatnya, perkara seperti ini ada berlaku. Keluarga keluar pepagi buta, memalam baru balik, tengok-tengok anak-anak dah tidur. Camne tu?

Memang mencari rezeki untuk keluarga, tuntutan kerja, kalau tak buat camne lak kan? Tapi pepandailah membahagikan masa untuk anak-anak. Tersimpangnya anak-anak adalah berkemungkinan sebab diri sendiri. Jangan sudah rosak baru nak betulkan. Pahit? Tapi itu lah dunia sekarang kan? 

Siapalah kita hendak menidakkan apa yang berlaku? tapi kita mampu mencegah.

In shaa Allah, semoga kita semua dilindungi-Nya, amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya pun tak cemerlang time UPSR..

2 comments:

  1. Baik bang..adik akn ikut nsihat abang..

    ReplyDelete
  2. Nazirah : adik? ang biaq betoi..ang bukan adik aku na...ang kak aku...btw.. aku adik..ang abang/kak..mana2 lah...hahaha

    ReplyDelete