Nuffnang Ads

Saturday, November 23, 2013

Maharaja Lawak Mega 2013 - Tulang Tersingkir.

Assalamualaikum WBT,

Wahaha.. mohon seribu kemaafan sebab lambat update untuk hari ni, sorry sangat-sangat, jadual penuh *ala-ala sibuk kunun retis gitu...hahahha...

tapi, tadi ada orang kahwin, sedara kahwin, so, saya pergilah menolong-nolong, alhamdulillah, kami masih mengamalkan aktiviti gotong-royong, bukan apa, itu lah time nak menengok sedara-mara kan? hehe.. tadi saya masak hati ayam goreng dan kisar lada kering, okay what...

Malam tadi saya tengok Maharaja Lawak Mega 2013, ada team yang bagus, hebat dan ada team yang ala-ala minta penyiku dan ada yang mereng hauk ke laut gitu. Memang saya akui, payah untuk buat orang ketawa, kena banyak homework kan? tapi ikhlaskan diri konfirm niat akan sampai.

Saya rasa, untuk menjadikan lawak tu lebih difahami dan mampu untuk diketengahkan dan dikembangkan, Watak Rantaian perlu ada. Contoh, Jep buat minggu lepas Tok Ketua dan minggu ni, dia buat watak Tok Ketua, bukan kehabisan idea, cuma dia perkembangkan sahaja. Elok kan?

Lagi satu team sepatutnya, kembangkan watak/ watak rantaian adalah Zero, dorang ni kelakar cuma, kena bijakkan sikit lawak tu, elok dah. Watak Mawar tu kena kembangkan lagi. hahahaha.. "hai Tuan, saya Mawar..." hahah *time tu saya ketawa gila...

Sepahtu memang bagus, Boboi, SYJ, Nabil, Bocey, Comey, Zero, Shiro, Wala. Wala pun bagus sebenarnya, bersahaja tetapi bijak. Bagus, saya suka. Untuk Tulang, Kucai, sorry.

Team yang tersingkir malam semalam adalah Tulang.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kesian Tulang.
p/s: Nanti nak start review lah...

No comments:

Post a Comment