Nuffnang Ads

Tuesday, November 12, 2013

Mana Etika Kewartawanan Awak???

Assalamualaikum WBT,

Terkesima dan tak tau apa nak cakap tatkala membaca berita tulisan KakJee ni, memang entah, takde words nak describe. Entah... *speechless and mungkin suatu hati nanti, ia mungkin terjadi kepada saya sendiri, mungkin. Entah.

Tapi, itu satu cerita, takde kerja cari kerja kan, tapi cerita satu lagi ni, memang ada banyak kerja, tapi pilih kerja yang sumbang. Okay, orang selalu salahkan blogger sebab buat cerita lah, tulis fasal orang ni lah sebab nak upkan traffic blog kan? tapi, camne pula kalau wartawan yang melanggar etika kewartawanan. Setiap apa yang dilakukan ada etika. Sembahyang pun ada etika tau? Ada rukun, itu hukum Allah, ini pulak yang manusia sendiri buat, tapi entah lah,kalau manusia ikut suka hati je nak tulis kan?

Macam wartawan terkenal kat Malaysia ni, tulis fasal seorang selebriti Malaysia yang telah berhijrah dan mengatakan artis ni berhijrah sebab kahwin dengan si polan bin si polan. Apahal lah? Tup tup, lepas artis tu bengang, wartawan tu cakap khabar angin. KHABAR ANGIN??? Khabar angin ke memang buat-buat cerita? pastu kait pulak dengan penghijrahan artis muda ni, apahal lah?

Kau tak kesian ke kat artis muda tu, mesti orang salah anggap kat dia. Cuba kau orang fitnah? Kau mesti melenting jugak kan? nak-nak kalau benda yang kau sendiri tahu, kau tak buat, betul tak? Takpe, satu masa Allah SWT akan tunjukkan juga.

Kepada artis muda ni, banyakkan berdoa kepada Allah SWT semoga Allah terangkan jalan awak supaya senang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, ingatlah semua tu adalah dugaan dan cabaran dalam awak berhijrah. Bukan senang nak berhijrah dan mengurangkan aktiviti-aktiviti seni yang kita semua tahu macamne keadaannya kan? Tapi itu semua adalah dugaan. 

Awak mesti boleh lakukannya.

Assalamualaikum WBT

p/s: tak nak lah jadi camtu. Dosa.

No comments:

Post a Comment