Nuffnang Ads

Monday, November 4, 2013

Mari Pelihara Ayam Nak?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua ? Mesti sihat kan?

Baik, tadi saya pergi kedai jap, then saya beli Kopiko L.A. Coffee, orang kata sedap, so, saya nak try, entah-entah sedap kan? So, pagi nanti saya nak cuba, sebab, kalau cuba sekarang, mampus, tak tidur kang, nak kata buat assignment, takde kan? So, better saya minum pagi karang, hahaha..



Okay, tadi saya terbaca satu entry dari Lulu Caldina, *bukan kereta eh, ni nama orang okay?. Click pada nama untuk ke entry.  Ayam betina mampu untuk menjadi ubat sunyi. OKay, kalau orang dok bercakap sal kucing, anjing, sugar glider, ikan mas, biawak komodo *ada ke?, buaya air masin *penipu, harimau *sudah2 lah.. dan katak dan pelbagai haiwan lain sebagai peneman di kala sunyi dan di kala broke dengan pakwe memasing, gitu! hhahah.. so, ada haiwan lain iaitu!!! AYAM BETINA!!


Okay, saya takde la sunyi tapi memelihara ayam betina ni sebenarnya seronok, okay, saya ada pelihara ayam, ayam betina ada 4 ekor dan ayam jantan ada 2 ekor, dan alhamdulillah, ayam betina sudah bertelur dan kemungkinan ayam-ayam tersebut akan mengeramkan telur-telurnya itu, tetapi kalau tak mengeramkannya, saya akan makan telur-telur tersebuat, buat gulai bapaklah lemak dan sedapnya!!! hahaha.. telur ayam kampung adalah lebih baik dari telur ayam bandar sebab ia tidak mengandungi apa-apa bahan kimia, *kot! hahahha..mana la saya tahu.. saya bukan pakar ayam...kwang3..

Tapi, paling seronok, bila saya pepagi pergi lepaskan ayam tu dari reban kan, ayam-ayam tu mengikut sebab nak makan, seronok je, cam dia ikut saya lah... hahaha. seronok and bila saya bagi makan, dia ekor makan dengan penuh semangat, ayam-ayam saya suka makan nasi, jagung, dan dedak kasar, tapi roti tak makan, entah kenapa. hahaha.. 

So, beberapa hari di KL, terindu pulak kat ayam-ayam saya yang comel dan gemok tu.. geram jeee...eeeiiii...hahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya suka dengar National Anthem of USA..hahaha..suka je...

2 comments:

  1. Update konsert af minggu 8 dan lagu minggu 9 lah

    ReplyDelete
  2. Anon : Yup, I will....tapi aritu saya terlepas tengok konsert dorang..so, I will update tapi lambat sikit..

    ReplyDelete