Nuffnang Ads

Monday, November 25, 2013

Oprah Winfrey dan Program Bual Bicara di Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti semua sihat kan? rindu dengan saya? Kalau rindu bagus lah.. kalau tak rindu takpe.. saya tetap rindukan anda semua.. wahhh.. gitu.. hahaha...

Baik, untuk waktu sekarang ni, memang banyak rancangan-rancangan yang menarik yang boleh ditonton di Astro, seperti :

1. Masterchef All Stars Malaysia
2. Maharaja Lawak Mega 2013
3. Pencetus Ummah

Dan banyak lagi rancangan-rancangan yang seronok yang boleh ditonton oleh pelbagai jenis masyarakat.. it is actually up to which television programme that you want to watch.


Bercakap fasal television programme, of course la saya ada rancangan yang saya sendiri suka kan, but there are a few talkshow programmes yang memang saya sendiri takkan boleh lupa, kalau kat Malaysia ni, ia seolah-olah bermusim tau, tapi kalau kat luar negara, The Oprah Winfrey Show (Oprah) and Ellen Show (Ellen) memang best. 

To have great show, a production needs to have a very great team. Team maksudnya di sini adalah dari wartawan, props men, lighting men, floor manager, all, semua, memang kena hebat dan bagus, salah satu great talkshow untuk sekarang ni adalah Primadona. Rancangan yang membicarakan isu-isu wanita dan lagi satu rancangan adalah Wanita Hari Ini.

Wanita Hari Ini yang dilangsungkan (live) di TV3 adalah rancangan bual bicara terulung di Malaysia ni. Rasa-rasanya dah berapa lama dah dan masih terdapat banyak isu-isu yang boleh diketengahkan lagi satu rancangan di NTV7 ialah Bella. Bella dan Wanita Hari Ini mempunyai persamaan in their own ways lah, tetapi Bella is more to audience yang bukan berbangsa Melayu, most of their viewers are chinese and indians, but ada jugak orang melayu tengok, bukan salah pun, cuma, pendekatan yang lebih youthful diterapkan oleh NTV7 menerusi Bella untuk menarik viewers dalam kalangan youth untuk menontonnya.

Ini kerana Wanita Hari Ini di TV3 lebih menjurus kepada viewers yang agak berumur, tapi ada je golongan muda yang menonton WHI ni. Takde masalah. Range topic yang dibincangkan juga adalah luas, cukup mencakupi segala aspek. Cukup bagus.

Berbalik kepada Oprah, rancangan yang sungguh iconic ini telah membantu ramai manusia dalam kehidupan. It started in year 1983 dimana Oprah mula-mula masuk ke tv dengan mengacarakan AM Chicago dan bermula dari situ, pelbagai sangka buruk dan negatif diberikan dan amazingnya pada tahun 1986, Oprah dapat rancangannya sendiri. Bermula pada 8 September 1986, Oprah memandang kehadapan dan terus memacu rancangannya sendiri, The Oprah Winfrey Show yang memang hebat dan telah menyentuh banyak hati. Amazing. 


Dan pada 25 Mei 2011, Oprah mengakhiri rancangan Iconicnya itu dengan menegaskan bahawa, "I feel that 25 is a good number and I really love this show and there will be not goodbyes but just I will see you next time". Dan pada 1 Januari 2011, Oprah melancarkan rangkaiannya sendiri, Oprah Winfrey Network yang sememangnya hebat to have her own OWN. Hebat bukan?

Kebanyakkan cerita saya berkisar tentang rancangan yang diacarakan oleh wanita kan? hebat mereka bukan? Jadi lain kali, saya cerita fasal dominasi lelaki pulak dalam dunia pengacaraan. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Still love Oprah Show. Love it.

2 comments:

  1. semoga penonton yang menonton rancangan-rancangan sebegini memperoleh manfaat dan dapat mengutip ilmu buat bekalan hidup dunia and akhirat.

    ReplyDelete