Nuffnang Ads

Wednesday, November 27, 2013

Project ARA : Najwa Maxi Dress (Jubah kot)

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sihat kan? Baiklah, hari ni saya ada projek sederhana besar tapi modelnya agak chubby. Haha.. anak sedara saya, Najwa. Aritu saya ada belikan kain untuk dia, specially untuk dia lah sebab baju tu ada corak yang memanjang ke bawah so, nampak lah dia tinggi dan kurus. Hehe..

Baik, untuk rekaannya, saya buat cam jubah biasa je, cantik juga lah, hehe.. meh saya tunjuk.

Ni lah design yang saya try untuk Najwa, tapi saya jatuhkan banyak pinggan tu sebab nak bagi dia senang duduk, sebab dia ni chubby sangat dan cepat naik badan, so, adalah molek jika saya buat agak besar, jadi, ia agak besar lah, hehee.. okay lah, cantik kan? Gambar dia posing kat bawah ni... hehee.. rambut ala-ala Rihanna gitu... letak sebelah...hahaha..


Itu saya sendiri direct dia untuk buat posing camtu, nampak kurus kan? Biasalah, jejalur tu, tapi, saya masih tak pandai nak buat jejalur tu sama dengan kain bawah tu, hihu...  tapi tu lah.. good review from my jiran, mum, bro.. hahaha.. tuan pakai apatah lagi, suka je lah... hahahahha..kelas kau!

Ada juga kritikan sebab length kain tu panjang sedikit tapi, Najwa ni suka pakai kasut tinggi, tapi takde lah tinggi sampai 5-6 inci.. tapi, okay lah.. hahaha.. cam wedges gitu, dia pakai... hahaha.. so, I keep the length je lah, malas nak potong sebab berapa inci je tu sebenarnya, ini dia tak pakai kasut or wedges, kalau dia pakai, okay je sebenarnya... hehe..

So, next project, Baju untuk sepupu saya punya isteri, dia nak baju cam maxi gitu, pepanjang. hahaha..padahal saya pakai lining je, tapi nampak mahal uols!!! 

Dah mencarut.. kang jadi permusuhan di TV Azwan Ali dan Michael Ang, sebenarnya kan, saya suka tengok dorang berdua, bukan bertemu buku dan ruas, cuma, dorang memang dua-dua mempunyai mulut longkang dan MCMAS memang naik la rating wehhh.. tahniah Astro, pandai main strategi... bagus2.. 

Dah, nak kemas bilik, *siap menjahit, bilik cam tongkang pecah. Mampus.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak mula cari supplier lah... *gitu.. haha
p/s: ARA adalah Akmall Razlan Atelier (ARA)

No comments:

Post a Comment