Nuffnang Ads

Thursday, November 7, 2013

REVIEW : Akademi Fantasia 2013 Minggu ke 8.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Saya ada benda nak cerita fasal hari ni, tapi, saya simpan dulu sebab nak bagi laluan untuk review Konsert AF 2013 pada minggu ke 8.


Maaf la sebab lambat sebab memang takde masa untuk menonton, minggu ini agak sibuk, so, In shaa Allah, untuk review minggu ke 9, saya akan buat dengan lebih cepat, okay? Jom kita mula...

Nabila - Gelombang

Emosi? Bagus. Penghayatan, Bagus. Suara, sorry. Tapi, disebabkan oleh emosi dan penghayatan yang amat bagus itu tadi dan menangis selepas lagu habis sebab yakin dengan diri telah membawa lagu dengan baik, ada perkara yang bagus, tapi jangan dilakukan setiap persembahan, *ehh.. ups, persembahan ada dua je lagi, sebab apa saya confident? sebab undian Nabila untuk minggu ni, tak turun langsung, static je kat tangga pertama, hebat kau Nabila. Btw, ada improvements la sebenarnya from those 7 weeks before, suara boleh diperbaiki lagi, tetapi I would love to give around of a applause to the Faculty for giving this good range song for Nabila, lagipun, arrangement yang slow camtu, anyone could pull it off kan? and Nabila did it. Congratulations to you Nabila

Bintang : 7/10

Indah - Jangan Kau Mimpi

Untuk pengetahuan, as usual, Indah memang boleh bawa mana-mana lagu, CUMA, kali ini, it was too plain,*for me lah. Ia macam, terlalu polos, ia, memang ada tarian, vokal yang baik, but it is not memorable. Tidak diingati adalah satu perkara yang bahaya tau, kadang-kadang Indah pun ada nyanyi sharp kan? So, be careful. seperti mana yang kita tahu, memang Indah ada vokal yang menarik, tetapi, bila saya dengar lama-lama, vokal Indah ni, takde apa yang menjadi daya penarik, cuma, kalau dia dapat lagu ballad, dia dapat soar lah, tapi kalau dapat lagu yang ala-ala pop, nari-nari, no. Dia agak tenggelam dengan vokal. Payah sebenarnya untuk menyanyikan lagu menari-menari ni. So, applaud to Indah too for menari dan menyanyi...bukan senang babe.

Bintang : 6/10

Aisyah - Price Tag

"Lame", katanya. Well, sorry lah, hahaha.. intro yang menarik, tetapi throughout the song, nothing special much. I don't know, saya lebih suka kalau Aisyah bawak lagu tu dengan gitar yang dia nyanyikan, it sooo much better. Tengokkan dalam clip yang ditontonkan tu? Cuma, yang membezakan sound adalah, dalam komputer, kalau guna mic, suara tu cam ditapis and it sounds good tetapi, kalau dengan live band, ini lah problemnya, kadang-kadang boleh dengar suara Aisyah yang nipis tu, but menari dengan menyanyi, memang payah, so, congratulations to you too Aisyah.

Bintang : 5/10

Amira - Awan Yang Terpilu

Entah kenapa, saya suka lagu ni dengan Amira, cuma, kalau not yang tinggi tu, urm... cuba lagi lah. kan? Sustain the note tu, tapi good effort lah, penghayatan bagus, so, just vocal tu, jaga sikit lah eyh. 

Bintang : 7/10

Faizul - Sandiwara Cinta

Tiada persembahan dari Faizul yang dapat top persembahannya dengan Adira, tetapi persembahan this one is good too. Memang dalam diari dia memang bersungguh dengan lagu ni, dan nampaklah keselesaan dia menyanyikan lagu ini. Lagipun, memang sesuai lagu ni dengan vokal Faizul, and nothing to be said about Faizul's voice kan, dia memang boleh nyanyi, so, good luck to him lah. Good luck. 

Bintang : 8/10

Azhael - Harus Terpisah

Well, lain dengan versi Cakra Khan, tapi bagus dari Azhael. Saya suka lah, plus, dorang punya vokal pun bagus-bagus kan? Nothing much to be said la kot. Hehe...

Bintang : 8/10

Battle Songs

Nabila VS Indah (Sangkar Cinta)
 
Ya Ampun, kena lah Nabila buat adlib camtu, Itu je yang saya dengar, please lah. Entah kenapa Adlib tu memang tak kena langsung dengan lagu Ziana Zain yang memang up tempo tu, memang best kot lagu tu, malangnya, yang hado! Nabila, you screwed it up and congratulations to Indah for trying very hard to outshine Nabila. Memang lah kena outshine Nabila sebab the way Nabila did the ad libbing to memang ugh! pening dengar. 
Bintang Indah : 8/10
Bintang Nabila : 4/10

Aisyah VS Amira (Elegi Sepi)
 
Untuk persembahan dorang berdua ni, seimbang. Well, at least seimbang dengan apa yang terjadi kepada dua lagu pelajar wanita tu kan, sedih sendu sedan. Suara Amira memang sesuai sangatlah bawak lagu camni sebenarnya, ada weight dan Azharina memang seorang penyanyi yang amat bagus. Aisyah pulak, she bagus dan she did not cam outshine or being outshine by Amira la. They actually compliment each other. Ini la duet yang sebenar, fahami each other's voice and strengths, then biarkan dengan strengths tu kan?
Bintang Aisyah : 8/10
Bintang Amira : 8/10

Azhael VS Faizul (Nakal)

Bak kata kak Ogy, "Lu bikin gua panas laaaa". Ha, camne tu? Sebenarnya, ada betulnya apa yang diperkatakan oleh barisan panel tu, Faizul memang tenggelam and Azhael memang 'makan' Faizul. Memang nampak sangat Faizul tak selesa menyanyikan lagu ini sebab ia agak  laju untuk Faizul. Tapi overall, they did good. Compliment each other kan.

Bintang Faizul : 6/10
Bintang Azhael : 8/10

Minggu yang hambar, tak tau kenapa. Mungkin RA panggil someone be*uk kot. hahahha.. sengal lah. Dan TIADA PENYINGKIRAN UNTUK MINGGU INI. Betul kan? hahaha.. AMIRA bernasib baik, but adakah minggu hadapan double elimination? Kita tunggu sahaja.

Dah la tu, jap lagi nak bagi senarai lagu penuh Akademi Fantasia 2013 untuk minggu ke 9 sekali dengan predictions.

Assalamualaikum WBT

p/s: siap jugak akhirnya.

No comments:

Post a Comment