Nuffnang Ads

Saturday, November 16, 2013

Selamatkanlah Mangsa Taufan Haiyan.

Assalamualaikum WBT,

Bencana yang diturunkan Allah SWT adalah sebenarnya berbentuk ujian. 

Ujian kita berbeza sebenarnya, ada yang diberikan gempa bumi, ada yang diberikan taufan, tsunami, banjir, tanah runtuh, kebakaran, letusan gunung berapi, hujan lebat dan berbagai lagi, dan yang terbaru, Taufan Haiyan di Filipina yang telah menyebabkan ratusan ribu hilang nyawa dan tempat tinggal.

Tadi saya membuka satu blog ni, blog kawan kenalan di blog ni jugak lah, Lulu Caldina, terkejut saya melihatnya. Saya tak tahu nak cakap apa, semoga mereka tabah dengan ujian yang diberikan. Kepada negara-negara yang memberikan bantuan, hantarlah niat orang yang menderma dengan betul, janganlah diselewengkan bahan-bahan bantuan tersebut. Bukan apa, kadang-kadang ada yang gatal tangan membuat perkara tidak elok sehinggakan banyak yang hilang. Jujurlah, okay?

Taufan Haiyan adalah taufan terkuat pernah dicatatkan di dunia.


Bagi mereka yang terselamat dan masih bernafas, keletihan, kelaparan serta ketiadaan air bersih menjadi halangan besar bagi mereka. Dikatakan mereka seperti zombie (mayat hidup) jika dilihat kepada rupa mereka. Ya Allah, sungguh besar azab dan ujian Mu kepada mereka. Selamatkanlah mereka, Ya Allah.

Saya memang tak tahu nak cakap apa. Sungguh.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kat sini hujan lebat sikit je dah takut. Huhu

No comments:

Post a Comment