Nuffnang Ads

Thursday, November 14, 2013

Siapa Nak Beli Sambal Hitam @ Sambal Pahang Terbaik??? Jom Sini.

Assalamualaikum WBT,

Kalau dalam negeri Pahang kan, boleh dikatakan setiap daerah ada satu atau lebih masakan yang boleh dibanggakan dan ia adalah makanan tradisional.

Kalau kampung saya, of course lah, Gulai Asam Tempoyak *kat mana-mana di Pahang ada, nak-nak di Temerloh, dan Gulai Kering Daun Gelugur *ini memang kat Kampung Jenud je yang sedap and nak-nak kalau mak saya yang buatkan, memang terlebih-lebih la sedapnya. Tapi kalau kat Kachu lah, *kampung wan sedara saya, cara dia buat Gulai Kering Daun Gelugur adalah berbeza. Tapi masih sedap! hehehe.. masam-masam gitu, suka makan.

Okay, seperti mana yang kita semua tahu, Sambal Hitam atau sekarang dikenali dengan nama Sambal Pahang telah menjadi satu household name. Jadi, saya ada kawan yang berjinak-jinak dalam penghasilan sambal hitam ni, sedap nampaknya, malangnya tak sempat nak merasa lagihh.. So, orang ini adalah Kak Edah, dia menghasilkan sambal hitam atau sambal Pahang yang memang orginal resepi turun-temurun dari nenek moyang dia. Dan cara dia memasak juga adalah berlainan, demi mengekalkan rasa asli "authentic" tradisional itu, Kak Edah memilih untuk menggunakan periuk tanah dan ia dipercayai dapat mengekalkan hayat sambal itu sendiri. 

Jadi, kepada yang berminat untuk merasa atau mencuba sambal hitam Kak Edah ni, cuba la contact dia, ni saya bagi link blog dia, baru je launched blog ni, tapi order dah penuh untuk minggu ni, hebat bukan? so, kepada yang ingin merasa, cepat, hubungi dan buat tempahan cecepat. Iya lah, takut nanti tak sempat pulak. Okay? 


Okay ke? Jom terjah!!! saya terjah dah, anda? jangan terjah je, follow sekali okay? Mana tahu, Kak Edah ada buat resepi baru, Sambal Hitam Strawberi ke kan? hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: jom follow ramai-ramai.

9 comments:

  1. boleh bagi resepi tak gulai kering daun gelugur tu,kat lipis tak penah dengor la pulok...heehhee...

    ReplyDelete
  2. Cik Ngah : boleh, tapi masakan orang lama.. nanti saya buat entrynya yer... tapi mak saya cakap, dia pun tak tahu nak sukat camne sebab main masuk-masuk je..hehehe..

    ReplyDelete
  3. tak tau rasa nya camne. tak pernah mkn pulak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. pedas sikit, masam sikit, masin sikit, manis sikit but kalau pernah rasa belimbing, camtulah, tapi belimbing yang direbus lah.. hihu.. sedap!

      Delete
  4. sedap..dulu pernah berkampung kat raub (program anak angkat)... tiap hari makan sambal hitam... sedappp

    ReplyDelete
  5. sy pnh bli tp xsdp
    lgsg xd rs belimbing.rs ikn bilisje.klu bilisje baik wat sndirikn huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya ke? baik, kali ni belilah dengan Kak Edah ni, memang confirm sedap!!!..

      Delete
  6. tp bkn bli kt sini..bli kt fb

    ReplyDelete