Nuffnang Ads

Saturday, November 23, 2013

Tukang Masak Ekspress, KATANYAH!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Meminta semua sihat lah yer.

Alhamdulillah, walaupun pening sedikit sejak pagi tadi, tetapi tetap beberapa aktiviti biasa buat dibuat jugak lah... hehe.. 

Masalah kepeningan ni saya amat jarang dapat, tetapi, pagi tadi, selepas je saya mandi, terus pening tu datang, berpusing-pusing dunia ni rasanya, Waaahhhh.. pening-pening wehhh.. berpusing-pusing. Ni sekarang pun agak pening jugak, menguap tak tentu fasal. Memang sakit hati tol.

Okay lah, tadi saya pergi kenduri, Kenduri sepupu dia, klik sini. So, macam biasa, start makan pukul 11.30 camtu kan, memang selalunya jemputan dah start makan time tu da.

Nak dijadikan cerita, nasi minyaknya tak masak elok, terlebih air. Lembik giler... macam jadi nasi impit dah, bayangkan, camne nak makan kan? Bukan apa, nak menolong tu memang amalan mulia, tetapi, amalan mulia itu akan bertukar menjadi amalan pembaziran JIKALAU masak main campak-campak je, main sesuka hati je letak then kononnya chef berpengalaman. Apa ke jadahnya? 

Niat tuan rumah nak bagi makan orang, nak bersedekah kepada yang layak, tetapi, bila jadi camtu, nasi lembik sehinggakan mendapat jolokan nasi impit. Apa kenanya? Hello, chef profesional pun guna sukatan tau. Kalau nak buat nasi untuk makan sendiri, dipersilakan, nak buat nasi bubur pun, lantak lah, kalau itu yang digemari, tetapi, ni nak bagi makan orang.

Then, bila orang tegur, cakap lah orang sombong la, apa lah, suruh buat sendiri lah, masalahnya, kalau sesekali takpe, ini tidak, dah banyak kali, tak belajar lagi ke? Rugi lah kan, orang guna pengalaman untuk buat perkara yang lebih baik dan orang mengharapkan hasilnya yang hebat, tetapi, semakin banyak pengalaman semakin buruk hasilnya, Kenapa? 

Tapi tu lah, payah lah KONONNYA pandai masak, malangnya, hasil tak seberapa. Orang memang tak tahu, tapi itu dilemma TUAN RUMAH, pembaziran. Kesian kan? tapi tu lah, orang camtu mana tahu perasaan tuan rumah, janji dapat nama "Tukang Masak Ekspress" pun dah okay dah agaknya. Kononnya pandai, tapi HAUKKK!!

Assalamualaikum WBT

p/s :Wartawan Desa. hahaha

No comments:

Post a Comment