Nuffnang Ads

Thursday, December 5, 2013

Blogger dan Politik (Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO)

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Seperti yang dijanjikan tadi, ada isu agak berat yang ingin saya kemukakan, Blogger dan Politik.

Okay, semua tahu, kalau sebut fasal politik ni, semua pihak rasa mereka betul dan musuh adalah salah dalam semua segi. Agak tidak cerdik kan politik ni? Tapi, itu yang harus dilakukan sebab negara Malaysia adalah negara yang berpolitik dan dari segi pemahaman saya, Malaysia mengamalkan Demokrasi, tetapi Tan Sri Muhyiddin bin Yassin berkata dalam Perhimpunan UMNO dan sayap gerakan bahawa dunia masih tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Demokrasi, instead, they recognise Bhutan *among others, as Democratic country. Kenapa ye? Pernah tak terfikir wahai Tan Sri?

Tapi bukan itu yang saya ingin perkatakan. Orang kata, kerana pulut santan binasa kerana mulut, badan binasa, in this case, your credibility and yourself. 


Ada banyak jalan yang boleh dilalui oleh seseorang tetapi this person telah radically menjerumuskan ke dalam lubang yang digalinya sendiri. Tidak lain tidak bukan, saudara Ibdillah Ishak, EXCO Pemuda UMNO. Hebat kan dia? dia juga adalah Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO, *just don't ask me lots, I do not know anything about him.

Jadi, apa isu nya sehinggakan dia menjadi nama terkenal hanya dalam masa dua, tiga hari? Baik, dia ada mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai singkat akal. Sebab apa? Mari tengok antara kenyataan-kenyataan yang diberikan,

1. Kurangkan berpolitik, lebihkan aktiviti yang melihatkan kerajaan membuat kerja.
2. Membayar blogger ada satu kesilapan
3. Saluran maklumat dan bermesyuarat dengan PMO
4. Meluaskan media maya ke Instagram dan Twitter
5. UMNO gagal dalam media baru

Semua ini adalah intipati dari kenyataan dia. *saya tidak akan menggunakan gelaran Beliau, gelaran tersebut terlalu tinggi untuk dia. Baik, ramai blogger yang pro-kerajaan merasa TERHINA dengan kenyataannya yang kedua.

Saya bukanlah penulis tegar dan penulis blog pro-kerajaan. Tidak dinafikan, segala yang dibuat ada kesan positif dan negatif kepada setiap orang. Tetapi, tidak lah saya menolak bulat-bulat usaha kerajaan dalam cuba membangunkan Malaysia. Tetapi, akhir-akhir ini, saya merasakan bahawa apa yang kerajaan buat, terasa seperti agak cuba untuk menindas rakyat sendiri. Iya.. memang banyak bantuan yang diberikan, tetapi, ia hanyalah dalam kadar sekali sahaja, tetapi, kenaikan barangan keperluan adalah bersifat berterusan dan ini amat membimbangkan.

Berbalik kepada kenyataan saudara Ibdillah itu, rasanya, banyak kesilapan di kenyataan kedua tersebut.

2. Membayar blogger adalah satu kesilapan.

Okay, kita semua tahu, dalam rakyat yang agak kesempitan hidup, tidak semua mempunyai kemudahan kewangan yang hebat dan hendak pulak ada mereka yang bertarung nyawa ketika banjir, kenyataan ini adalah amat-amat menyakitkan hati.

Ini sebenarnya boleh mendatangkan pemikiran yang agak melencong. Baik, persoalan pertama, 
dari mana UMNO dapat duit untuk bayar blogger untuk melobi kerajaan? 
Siapa yang mendapat bayaran tersebut? 
Sebanyak mana bayaran tersebut? 
Dari tahun bila bayaran tersebut dilakukan? 
Sudah berapa lama blogger dibayar? 
Siapakah blogger tersebut?

Pertanyaan ini akan terus bermain dan ia semestinya menjadi mainan politik hanya kerana kenyataan yang boleh dianggap 'bodoh' dari saudara Ibdillah ini. Kesian dia kan? Mungkin dia terlepas cakap, tetapi, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya". Jadi, sekarang, padahnya telah menimpa diri. Susah nak buang padah ini sebab "whats on internet, stays forever".

saya juga membaca luahan hati Mazidul Akmal Sidek yang juga merupakan blogger pro kerajaan bersama beberapa lagi nama yang besar. Mari saya listkan.


Rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puashati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Ibdillah. Kalau para pembaca ingin membaca, silakan klik nama blog diatas ini, saya sudah link kan dan kamu semua dapat membaca betapa mereka sakit hati. Mereka ini adalah pro-kerajaan yang menulis mengenai kerajaan atas dasar perjuangan Melayu, tetapi bila mereka dilakukan sebegitu, mesti lah marah kan? Jadi, sila lah baca.

Saya nak komen lebih-lebih pun, saya bukanlah blogger hebat dan bukan seorang yang sangat aktif dengan politik ni, tetapi boleh lah setakat pemikiran ikhlas.

Assalamualaikum WBT

p/s: pemikiran ikhlas dari saya mengenai isu ini. Terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment