Nuffnang Ads

Tuesday, December 3, 2013

Jaga Diri Ketika Banjir.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Yaa.. banjir sedang melanda beberapa buah negeri. Pahang, Johor antara negeri yang sekarang telah terjejas. Negeri-negeri lain, seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, masih tidak dapat dikenal pasti. 


Tapi apa-apa pun, kepada mereka yang terjejas dek banjir tu, tolonglah dengar cakap pihak yang bertanggungjawab dan mereka yang berkuasa, sebab apa, kalau dia kata berpindah ke pusat-pusat pemindahan tu, tolong lah ikut, janganlah berdegil, sebab apa, nyawa kita bukan murah, janganlah cuba buat sesuatu menyusahkan diri sendiri.


Betul, semua orang sayangkan rumah, sayangkan barang-barang. Iya, semua tahu barang-barang dalam rumah tu bukan murah, bukan lepas banjir boleh orang datang ganti kan? Iya, memang bukan, tapi sekurang-kurangnya dapat selamatkan nyawa sendiri. Nyawa bukan boleh dibeli dimana-mana.

"Hai tokey!!! NYAWA 3!"

Takde weh.. takde. Hargailah nyawa, bukan senang kita nak hidup atas dunia ni. Okay? Kalua ada bebanjir-banjir, cuba sebaik mungkin untuk berhati-hati. Okay? 

Tempat saya ni, alhamdulillah, agak tinggi, tak sampailah air sungai ke rumah. Syukur kepada Allah sangat-sangat. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: budak-budak ni boleh nyanyi lagu Hafiz dalam rumah ni... adoyaiii!

No comments:

Post a Comment