Nuffnang Ads

Tuesday, December 17, 2013

Rangkuman Sepanjang Tidak Update Entry. SILA BACA!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Saya dah balik rumah ni... hehee.. so, menulis blog guna laptop lak pulak khen? gituu.. hahaha.

Okay, saya ni, untuk entry ini akan menulis mengikut apa fikiran saya sahaja yer. So, kiranya, minda keseluruhan untuk pemikiran saya lah, untuk beberapa hari saya tak update blog.

Baik, saya tengok Maharaja Lawak Mega kan, pada saya, ada lawak bangang yang dibuat yang LANGSUNG tak lawak dan ada jugak kumpulan-kumpulan baru membuat lawak, baru join Maharaja Lawak tapi lawak ada isi. Kita semua tahu, ada kumpulan-kumpulan lama, otai kononnya yang ada di MLM tu kan, tapi seperti biasa lah, OTAI tak semestinya bagus kan? dan kumpulan baru tak semestinya hauk ke laut.

Siapa kenal Sepahtu? Kalau dalam Sepahtu tu kan, kenal tak Jep? aah, pelawak yang menang anugerah lawak tu untuk Pelawak Lelaki tu kan? Kenal tak? Siapa tak kenal kan? Tengok tak masa Luna Maya nak komen kat persembahan Sepahtu? Tengok? KURANG HAJAR kan? Pada saya, itu amat kurang hajar, sebab apa? Agaknya si Jep tu ingat dia famous sangat sehinggakan dia boleh buat macamtu? Mencelah dan melawakkan Luna Maya tu kan? Nampak sangat kurang hajar dan nampak sangat kepala besar. BTW, all the rumours sebelum ni betul lah kan? Kan ada rumours yang mengatakan yang si Jep tu 'besar kepala',  so, betul sangat lah segala jenis khabar angin tu kan? So, fikirlah sendiri, gitu. Nak berlawak pun berpada lah, Luna Maya sebagai juri nak bagi komen pun kau buat macamtu, kononnya dia sorang je BERFUNGSI dalam kumpulan tu, NAMPAK sangat lah bangangnya!  Aku dah tak suka da si Jep tu, bajet bagus padahal. Sendu. Lepas tu bila dah di bagi bintang, dikatanya "Eh, kita nak komen bukan nak bintang, kita nak komen sebab kita nak improve". Aku jawab? BODOH BANGANG! itu je, Jep ni tak sedar diri agaknya, entah hape-hape. Konon hebat. Tapi bangang!

Kumpulan Boboi pulak gunakan teknik lawak sinis untuk berlawak. Macamni lah, kalau nak keluar separuh jalan, KENAPA KAU MASUK ON THE FIRST PLACE? Cuba jelaskan? Tu je.

Macam kumpulan lain seperti SYJ, Wala, Comey, Bocey, kumpulan-kumpulan yang baru, walaupun pelawaknya lama, tetapi nampak sangat mereka ada membuat research. Ada efforts nak buat orang senang ketawa, ketawa dengan senang but hanya ingin buat orang ketawa tapi dengan sakit hati. Menyedihkan.

Then, 11.12.2013 menyaksikan dua perkahwinan besar itu iaitu, Zain Saidin dengan Rozita Che Wan dan Jovian Mandagie dengan Nina Ismail Sabri. Hebat depa kawin kan? Tapi rasanya Jovianina lagi hebat kot sebab apa, sebab bukan senang nak buat perkahwinan dalam Muzium Diraja (Istana Lama), hebat kott.. kau mampu? Takde orang mampu selain mereka yang kaya-kaya. huhuhu... 

dengan hujan yang kembali lebat di beberapa negeri seperti Pahang (Kuantan), Terengganu, Kelantan dan Johor dan rata-rata paras air di tahap kuning, ia memang membimbangkan. Jadi, kepada mereka yang terlibat, mintak-mintak lah kamu berhati-hati dan ibarat kata Lisa Surihani "Jangan minum air banjir" kat iklan radio Suria.FM. Kau rasa??? 

Then kecoh satu Malaysia *peminat hiburan lah yang sebok sakit hati dengan kehidupan Nabila Huda yang sekarang sedang bercuti di Bali. Iya.. memang dia pakai seksi, korang pernah tak baca apa-apa nasihat yang mengatakan kalau nak menegur orang jangan didepan-depan? Kalau korang, pakai baju sesesak nafas kan? Pastu ada seorang hamba Allah yang mungkin tidak pakai tudung or lelaki pakai seluar pendek tegur korang, apa korang rasa agaknya? Apa yang korang nak jawab kat teguran orang yang menegur tu? Apa ye? Sila fikirkan.

Then, kenaikan tol di Kuala Lumpur yang memang membebankan. Iya, saya tak duduk di Kuala Lumpur, tetapi saya ada kawan-kawan dan saudara-mara yang duduk di Kuala Lumpur, berkerja di sana, mencari rezeki dan dengan kenaikan tol ni, ia jelas memberikan satu rasa tidak yakin kepada pemerintahan kerajaan sekarang. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Baik, tidak ada jawapan lain ke selain "Kalau tak nak bayar tol, sila ikut jalan lain"?. Saya rasa kan, para pemimpin ni tak pernah rasa membayar tol agaknya. Cuba selepas ini, kalau dorang nak pergi mana-mana, bayar tol jugak, tak payah naik copper je, tak payah. Kalau dari Putrajaya, nak ke mana-mana ke, cuba naik kereta sahaja dan rasa kesesakkan lalu lintas, rasa duduk dalam jam lelama, rasa naik jalan bertol, dan betapa ramai orang yang ada atas jalan tu? Pernah terfikir? Tak pernah kan? Sebab apa tak pernah? Sebab Najib tak dilahirkan dalam keluarga susah. Yup, itu sebabnya.

Dah, ini kena ada satu sesi kot untuk mengulas segalanya.

Assalamualaikum WBT

p/s: Serak lak suara saya ni..

No comments:

Post a Comment