Nuffnang Ads

Tuesday, December 3, 2013

Saya Pening.

Assalamualaikum WBT,

Sekarang saya berada di dalam bilik dan ayah saya tengok ucapan Perhimpunan UMNO  2013.

Iya... saya bukan tak menyokong orang Melayu, tetapi dengan apa yang berlaku, kenaikan harga minyak, gula, taarif elektrik, dan sebagainya, kesan-kesan rantaian yang berlaku, terasa macam, 

DO YOU REALISE WHAT JUST HAPPENED? I MEAN, WHAT THE HELL HAPPENED TO MALAYSIA NOW? 

Ini ke yang diperkatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

Iya, Rakyat bayar dulu semua cecukai dan pencapaian negara dengan menggunakan duit rakyat diutamakan. Serioulsy, saya menyokong perjuangan untuk menaikkan penguasaan orang Melayu, tetapi, jikalau begini caranya, bagaimana Melayu sendiri hendak hidup?

Cuba cakap?

Saya kadang-kadang, pening. Pening dengan keadaan politik Malaysia yang begini, entah di mana silapnya dari Pemimpin-pemimpin atasan sehinggakan seolah-olah tidak menghiraukan keadaan ekonomi rata-rata rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Saya pening, sejujurnya. 

Saya malas la nak cakap panjang sebab apa-apa pun yang terjadi or apa yang saya tulis tidak mungkin akan dibaca oleh pemimpin-pemimpin lain, tapi apa yang ingin sampaikan adalah, cuba fikirlah dulu. 

Cuba kalau mak ayah awak, wahai para pemimpin Malaysia sekalian, jikalau mak ayah anda diminta untuk membayar bil elektrik, membeli petrol, membeli gula, apa agaknya yang mereka akan katakan, jikalau anak mereka bukan para pemimpin? jikalau anak mereka bukan berkeja di pejabat? jikalau anak mereka terpaksa menanggung hutang PTPTPN, jikalau anak mereka tidak ada suara untuk di dewan-dewan besar? jikalau anak mereka tidak mempunyai kuasa politik?

Apa yang mereka akan katakan? Iya?

Assalamualaikum WBT

p/s: tak perlu jawab, tanya diri sendiri.

No comments:

Post a Comment