Nuffnang Ads

Thursday, January 23, 2014

Dog Barks.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Sihat kan? Mesti sihat, alhamdulillah.. 

Siapa selalu suka tengok movie??? Okay, fine, saya suka, tapi takde la sampai pergi tengok ke pawagam kan? takde-takde. Haha... saya suka tengok movie, tapi movie yang hanya ada dalam laptop saya je lah. Sekarang, hari-hari saya tengok cerita Pitch Perfect. Iyaa.. hari-hari. Kadang-kadang tengok movie ni membolehkan kita lari dari dunia nyata seketika.

Iya lah, kadang-kadang, dunia nyata ni menyakitkan. Iya, ia memang menyakitkan. Iya lah, kadang-kadang dunia ni memang best, kadang-kadang ia menyakitkan, nak-nak kalau orang tak kenal kita kan? Hahaha...

Sabda Rasulullah, "Sesuatu amalan bergantung kepada niat". Kalau niat kita baik, baiklah jadinya, kalau niat tu jahat, jahatlah jadinya. Jadi!!! Jangan niat jahat okay? Niat mesti baik-baik okay? Hehehe...

Sesetengah orang, diluarnya nampak kuat, tapi dalamnya, Allah sahaja yang tahu. Apa yang penting, kita ni manusia, buat salah, buat baik, buat jahat, tak buat apa-apa. Jadi, kita ni kenalah pandai, dan kenalah pandai-pandai untuk diri kita sendiri, okay? 

Kadang-kadang movie dalam dunia ni mempunyai jalan cerita yang berbeza. Kadang-kadang ada yang dipandang hina, ada yang dikeji, ada yang dipuja, ada yang biasa-biasa je, ada yang bagai melukut di tepi gantang, keluar tak kurang, masuk tak menambah, hanya di situ sebagai pengisian kosong. Rugi kan? Tetapi jikalau hanya diingati sebagai sesuatu yang tidak baik, apakah bezanya dengan melukut di tepi gantang, kan? 

Kalau hidup saya dijadikan filem, mungkin cerita saya adalah cerita sesedih, gembira sikit, sakit hati sikit tapi a lot bitchiness... Hahaha.. but in my own way lah.. takkan nak tunjuk-tunjuk kan? Nanti ramai lak yang tak suka... gituuuhhh.. hahahha..

Dah lah, nanti bila saya dah 60 tahun, saya nak buat cerita sal diri sendiri je la, cam Dato' Siti Nurhaliza nak buat citer sal dia, hihu... Sekarang ni saya tengok cerita Hoorey! Hoorey!. Dalam cerita tu ada sebut sal satu ni,


"Jadilah seperti matahari, orang suka ke tidak, orang tetap perlukan matahari".

Dan ada satu lagi...

"Budak besar-besar ni kiut".

Sekian, terima kasih!! hahahaha

Betul tak? hahaha.. takde hal.

Assalamualaikum WBT

p/s: sorry entry agak bercelaru, sebab minda pun bercelaru, sorry.

2 comments:

  1. exactly! kau pun tak paham kan? hahahaha... cuba baca betul2.. ada maksud tersirat dalam entry ni..

    ReplyDelete