Nuffnang Ads

Monday, January 20, 2014

Jom Jangan Bunuh Diri!!!

Assalamualaikum WBT,

Okay, hari ni alhamdulillah, dengan izin-Nya, kaki saya telah beransur pulih dan ubat doctor kerajaan menjadi sandaran. Terima kasih Allah. Nama ubat tersebut adalah Dicloran. Ubat penahan sakit ni, alhamdulillah.



Alhamdulillah dah agak baik tapi itu tidak bermaksud saya boleh makan bagai-bagai kan? Jadi, diet continues, bak kata Belle tadi, 

"dah 26 tahun makan ayam, sotong, kerang, udang, so, for 10 months berhenti lah sekejap. Lagipun, tak pupusnya kalau mu tak makan".

Sentap sangat kan? hahahhaa... kau belle, kalau berkata-kata kannnn... hahaha.. Iya lah.. saya berpantang jugak la ni... banyak gak benda yang saya tak makan dan tak tau nak makan apa. Bangun je pagi selalunya makan nasi lemak, telur dua biji and this morning, tadi makan apa je. tak tahu nak makan apa. Tadi sebelum dinner, makan dua keping roti. Makan lunch tadi, makan nasi dengan ikan je. huhuhu.. tak tahu da nak makan apa.

makan daging takut... takut memberikan kesan yang lebih mudarat. Tadi waktu sengang-sengang, tak tau nak buat apa, nak exercise tak boleh lagi, takde apa buat, makan epal hijau. Huhuhu..mak saya kata,

"Kalau setakat makan epal hijau time sakit, tak payah, benda tu kena consistent".

Sentap!!! Malu muko den omak eh... tapi iya la kan, tu la kadang-kadang mak masak sedap. Macam tadi, mak masak gulai lemak ikan senangin. Angin betul, nak makan banyak-banyak tak boleh sebab lemak sangat, so, makan ikan je lah. HIhu.. dan tadi mak buat ikan kerisi asam pedas. Kau rasa? memang termanggu kejap, tapi as usual, makan ikan jugak, amik bahagian isi je. hahaha.. gitu lah..

Hehehe.. tapi air memang saya minum banyak lah. Malam je minum air at least 3 liter. Kau rasa? Tak gemuk air beta, kencing tak yah cakap laaa.. memang sekejap sebentar nak terkencing... tapi perkumuhan itu bagus kan? hahaha... Clean je.

Takde hal lah, dedulu, masa memuda, kesihatan buat tak nampak je, tapi bila umur dah meningkat ni, kesihatan menjadi keutamaan lak. Berat badan memang kena turun la, nak tak nak. Kena, wajib! kalau tak nak mati awal. Eh... kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: memang kita tak tahu mati bila, tapi at least, cuba la elakkan 'bunuh diri' kan?

2 comments:

  1. "Lagipun, tak pupusnya kalau mu tak makan".hikhik, the same old brand new Belle...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuni : haha.. kan. Well, Belle is belle, no matter what. He is good guy, no one could deny that.

      Delete