Nuffnang Ads

Friday, January 24, 2014

Jom Pergi Konsert Dato' Siti, Where The Heart Is!!!

Assalamualaikum WBT,

Baik, semalam saya komen kt IG kak Rozi (rozisangdewi), PA Dato' Siti Nurhaliza (ctdk). Saya komen lah,

"Kak, saya nak ticket free boleh untuk konsert Dato' Siti?"

Test market wehhh... fefeling orang penting lah kononnya kan... padahal tak tau lagi berlambak orang penting lain lagi kan... fefeling je.. tapi ni tak baca lagi hal sebenar fasal Konsert Dato' Siti tu... hahhaha.. 


Then komen lah kat IG anak DCT, Adib Khalid (adibkhalid), aah, yang handsome cam Dato' K tu... huahuahua.. handsome saya lagi kan? Dia putih je *teringat kata kawan kat kawan sorang lagi... hahahha.. kisah dedulu.. saya komen la kat IG Adib... by saying

"wow, can you get me a ticket for dct's concert? hihu..."

dah tu, kau rasa.. apa yang dia jawab, btw, saya sebenarnya tak expect pun dia jawab.. tehetapi!!!! dia jawab...

"Buy it for good cause. Funds raised is 100% for charity!"

Exclamation mark darling! kau rasa... okay...hahaha...

Then I search on the internet, Ahhhh..patutlah jawab mereka begitu... rupa-rupanya.. ia konsert amal eksklusif di Plenary Hall, KLCC. Patutlaaahhh.. jadi, nak cerita sikitlah fasal konsert ni.. jom!

Konsert Amal Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza "Where The Heart Is" yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Februari 2014 di Plenary Hall, KLCC adalah satu konsert pembuka 2014 untuk industri muzik Malaysia. Konsert ini seratus-peratus amal dan segala kutipan akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa dan konsert ini adalah hasil kerjasama Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza Production dan SimplySiti Sdn Bhd. 

Tiket bagi Konsert ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live in Kuala Lumpur Convention Centre – Where The Heart Is’ adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM 800, RM 518, RM 388, RM 238, RM 118 dan RM 88 secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014. Untuk pembelian secara korporat, sila hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-2163 8383.

Selain itu, ada tawaran istimewa ke atas pengguna barangan kosmetik SimplySIti di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 ke atas di www.simplysiti.com.my sebelum 1 Februari 2014, akan mendapat tiket percuma ke Konsert ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is’.

Kepada yang berminat untuk membeli ticket untuk konsert amal ini, bolehlah menghubungi nombor yang tertera atau pergi ke website yang diberikan diatas, okay? Ini tujuan amal, okay lah, sambil berhibur kita beramal. Iya lah kan, berhibur-berhibur jugak, tapi mereka yang kurang bernasib baik, janganlah dilupa kan? Tak gitu DCT?

Kalaulah saya nak beli pun, saya mungkin akan beli yang RM88 tu kot.. murah sikit, gitu.. Iya, orang selalu kata, 

"Dik, kita nak beramal ni, tak kisah berapa pun?"

Tapi ayat cam kisah je berapa nak bagi kan? Tetengok bagi RM1, kau rasa? kan!! hahahaha... takpe lah, niat DCT dan Yayasan Nurjiwa ni baik, jadi, takde hal lah, saya approved konsert ni *fefeling penting lagiii... adoyai...  hahahaha.. 

Okay, sapa nak beli, jom kita beli ticket ramai-ramai, kita meriahkan konsert DCT ni, dan tau konsep dia apa? Konsep dia, Putih Suci. Jadi kepada peminat-peminat yang nak hadir konsert ini, sila pakai baju putih okay? Ini bagi merealisasikan niat DCT. Iya la, putih kan warna kesucian, lagipun, warna putih ni ia menaikkan seri muka, reflection putih kat baju tu dapat memutihkan muka, walaupun kan! hahahaha.. okay lah, mencarutz banyak sangat ni, kang ada yang tak nak baca kang... kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak pegi ke tidak... hurrrmmmm...

No comments:

Post a Comment