Nuffnang Ads

Tuesday, January 21, 2014

Lelaki dan Penjagaan Muka.

Assalamualaikum WBT,

Kalau cakap bab kecantikan dan penjagaan diri, sebenarnya, kalau nak diikutkan, memang ia dalam jajahan kaum wanita, tetapi, kaum lelaki sekarang ada yang telah membuka mata betapa pentingnya penjagaan diri. 

Baik, dalam Islam pun ada dihi-litekan fasal penjagaan diri. Jadi, kita kenalah ikut kan? Betul tak? Tak makan bawang putih or bawang besar merah juga adalah sebenarnya tips penjagaan diri, mengelakkan badan bau macam bawang. Perghh!! Kalau ada bau bawang ni, memang agak! uh! ugh! okay...

Produk untuk wanita, memang berlambak lanar kat pasaran dunia dan Malaysia kan? Tetapi, untuk lelaki agak kurang. Kalau cam saya ni, takde la nak sampai kulit putih mulus licin macam Erra Fazira. Kena fikir jugak, kalau muka je putih melepak, tangan hitam, tanned, nak buat apa kan? oh!! ada.. buat malu! 

Okay, saya pun ada jugak menggunakan produk penjagaan muka ni, saya dah lama menggunakan Clean & Clear. Ada lebih kurang 3-4 produk yang saya gunakan dalam line Clean&Clear ni. Ia amat berpadanan dengan kulit muka saya sebenarnya. Banyak jugak saya guna jenama-jenama lain, tapi malangnya, ia tak sesuai. Mula-mula ia okay, tapi lama-kelamaan, ia menjadi sensitif. Kulit saya tak dapat terima jenama lain. Mahal ke murah ke, memang tak boleh.

Baik, kalau untuk cleanser, saya guna 3 jenis produk ni,

Clean&Clear Daily Pore Cleanser (bertindak sebagai scrub)
Clean&Clear Deep Action Cleanser (pemutih)

Clean&Clear Essentials Foaming Facial Wash

Then untuk malam, saya guna,

Clean&Clear Essentials Moisturizer

Okay, sebenarnya, ni produk untuk wanita dan takde pun, Clean&Clear untuk lelaki. Haha.. tapi what the hell, kalau ia elok untuk muka saya, apa salahnya kan? Betul tak? lagipun ia memang selesa. Heheh.. 

Dan malam semalam, saya ada buat DIY Facial... saya masak air panas, then letak dalam baldi then letak muka dalam baldi tu then tutup dengan tuala. Jangan lelama, takut lemas. Jadi, sekejap-sekejap je okay? Jangan lama-lama sangat. Panas lak tu... hahahahaha... iyaa woo.. memang panas, tapi segar weh, segar. Ini trick kawan aku, Belle, then after panas tu, pori-pori terbuka, then korang nak buang blackhead memang senang. Sebab ia dah longgar kan? Betul tak?

Tapi ini kerja dua orang sebenarnya, ia memang seronok dan best. Rasa segar sangat, nak-nak after korang buang blackhead tu, korang boleh sapu masker ke, sebab muka dah agak sakit kan time tu, then sejukkan dengan masker. Memang best! seperti mana yang saya buat. Seronok. Hehehe.. best. Love it.

Kalau korang nak cuba, apa salahnya, cuba lah, tapi hati-hati, air panas tu. Then.. yang hebatnya, kalau dah siap guna air panas tu untuk muka, tambah sedikit air, then letakkan kaki dalam tu. Segarrr!!! best tau. Segar sangat.. rasa cam, segar lah... best! lagipun rendam kaki dalam air panas ni memang best tau. Hehe...

Dah lah, ni nak buat sesuatu jap. Sapu moisturizer kat muka. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Hebat Iqram Dinzly berlakon jadi tentera dalam citer Astro tu.. hahaha...kasar suara.

 

No comments:

Post a Comment