Nuffnang Ads

Tuesday, January 21, 2014

Media Massa.

Assalamualaikum WBT,

Media. Tahu apa itu media? Media bermaksuda Medium. Kalau dalam bahasa Melayunya, medium tersebut adalah saluran,jalan. Media terbahagi kepada dua, elektronik dan bertulis. Media elektronik adalah seperti tv, radio, internet manakala media bertulis pula adalah seperti surat khabar, majalah, risalah. Itu adalah sebahagian daripada contoh.

Media telah menjadi satu elemen penting dalam kehidupan kita sejak bertahun-tahun lamanya. Sejak zaman dahulu lagi media menjadi satu perkara yang amat penting. Seperti di Malaysia, kita bermula dengan radio, kemudian tv (hitam putih), tv berwarna dan kemudian zaman internet. Dan it keep evolving menjadi sampai sekarang, di mana, berbagai-bagai jenis subset media ada sekarang. 

Jadi, itu dari segi sejarah dan teknikalnya dan dari segi kita sendiri pula sebagai pengamal media. Siapakah pengamal media? Baik, mungkin kita tidak sedar, sebenarnya, dengan adanya Facebook, Twitter, Instagram dan berbagai lagi social media yang lain, kita secara tidak langsung menjadi pengamal media. Apa itu tugas pengamal media? Pengamal media adalah mereka yang menggunakan media sebagai pengantara dan mengamalkannya. Seperti kita membuka Facebook. Kita ber-facebook lepas tu kita baca dan komen dan share. Semua itu adalah tugas-tugas pengamal media, tetapi etika atau tidak, itu perkara lain. Iya, untuk menjadi seorang pengamal media baharu yang beretika, kita sendiri kenalah mengambil inisiatif untuk mencari bukti bagi kesahihan sesuatu berita. Jikalau tidak, kita mungkin jatuh di dalam pengamal media yang tidak beretika.

Seperti mana kita sendiri semua maklum, ada di dalam teori komunikasi bahawa, segala maklumat yang ada disalurkan kepada kita menerusi kedua-dua media di dalam sesebuah negara adalah DITAPIS oleh kerajaan yang memerintah. Kerajaan adalah sebagai gatekeeper kepada salur maklumat umum. 

Jikalau boleh, jangan terus dipercaya akan sumber dari tv dan bertulis, ini kerana, banyak daripada sumber-sumber yang diusulkan adalah kadang-kadang berat sebelah. Saya bercakap mengenai berita-berita yang dipaparkan di dalam tv dan surat khabar. Kadang-kadang ia terlalu berat sebelah, jadi, kepada semua, pengamal media, blogger ataupun hanya orang biasa, memilih media telah menjadi satu perkara penting sejak dahulu lagi. Jadi, jangan takut untuk membaca dari sumber lain, kadang-kadang, ia membuatkan kita lebih berfikir.

Assalamualaikum WBT

p/s: Media terutama adalah Al-Quran, Hadith dan As-Sunnah.

No comments:

Post a Comment