Nuffnang Ads

Saturday, January 18, 2014

Perihal MULUT dan OTAK.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Well, ni kalau update entry banyak-banyak ni, maksudnya, saya ada di rumah sekarang ni. hihu... jadi, disebabkan kaki kanan sakit, duduk rumah je lah, without doing anything. Please, saya ni jarang sakit, tapi kalau sesekali sakit, aduh, memang agak lama... huurrmmm.. tapi takpe, dah makan ubat dan agak berpantang dan saya semalam je, malam, saya minum 2 liter air. Untuk hari ni, in shaa Allah, saya akan minum 8 liter air. Iya...every 2 liter for 25 kilogram. Maksudnya, saya ni 100 kg la kan? oleh itu, pengurangan berat badan adalah amat diperlukan. Yup, diet saya? Air. Itu je yang paling murah dan boleh dilakukan. Minum air masak or mineral secara konsisten. Hehehe...

Takyah makan benda-benda lain macam segala produk yang ada dalam Malaysia dan dunia ni. Lagipun, kita tau bahan kimia yang ada dalam produk tu. Tak pernah pulak kita tengok dan baca bahan kimia yang ada dalam ubat tu kan kat kotaknya kan? Hihu...

Okay, lagi satu, nak cakap sikit fasal perihal mulut dan otak. Tahu tak mulut dan otak? Kalau mulut akan menjadi bangang apabila tidak berkawan dengan otak dan otak pulak akan jadi nothing jikalau tidak berkawan dengan mulut? Okay, contoh, kita beri ucapan di sesuatu tempat untuk satu majlis ke, tetiba, dengan kita rasa kita hebat sebab hanya kita kita RASA kita hebat, kita tersalah cakap. Macamne tu? Itu adalah mulut tanpa otak, tapi kalau otak tanpa mulut lak, senyap je lah. Kalau fikir je tanpa cakap, tak jadi juga kan?

Bukan apa, sebagai pemimpin, seseorang pemimpin kenalah menjaga tatasusila, perilaku, mulut, otak, perbelanjaan, dan macam-macam. Sebab apa? Kalau seseorang pemimpin terlalu menunjuk-nunjuk, maka, ramai yang akan berfikir macam-macam, tak payahlah saya sebut kat sini kan sebab kita semua tahu apa yang setiap orang akan fikirkan kalau melihat sesuatu perkara yang agak mencurigakan.

Iya lah, mesti kita akan tertanya-tanyakan? 

Seorang pengemis pakai kereta BMW. 

Kau rasa? Apa yang kita akan fikirkan? Macam-macam kan? Takpayah la saya sebut. kan? 

Baik, setiap manusia mampu untuk berfikir sebenarnya, kemampuan kita untuk berfikir adalah hebat sekali. Cuma kita je yang kadang-kadang agak sakit untuk berfikir. Dalam dunia yang penuh kepura-puraan ni, berfikirlah untuk mendapatkan kebenaran. Jangan hanya kita percaya kepada satu perkara sahaja, bukan apa, biar kita kecewa sedikit daripada kita kecewa dengan banyak kan? 

Okay lah, saya nak continue a few things yang I left dulu, okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: kaki dah kurang sikit sakitnya... salah urat kot...

No comments:

Post a Comment