Nuffnang Ads

Thursday, January 23, 2014

Projek Mega Jambaterowong Kukup, Malaysia - Pulau Karimun, Indonesia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Saya, alhamdulillah, sihat. 

Tadi saya pergi ke pekan sekejap, then beli 3 jenis surat khabar ni, Sinar Harian Pahang, Kosmo dan Berita Harian. Selalunya saya hanya beli Sinar Harian dan Berita Harian, tetapi, hari ni, saya amat tertarik dengan tajuk besar yang dipaparkan oleh Kosmo
 
Melaka Dumai Bridge and Tunnel.
Tajuknya adalah Projek Jambatan, Terowong hubungkan Malaysia (Kukup) - Indonesia (Pulau Karimun). Untuk pengetahuan semua, pada Ogos 2009, satu cadangan untuk membangunkan satu jambatan dari Melaka - Dumai (Indonesia), namun, ia tidak dipersetujui oleh Presiden Indonesia Soeharto ketika itu dengan alasan pembinaan jambatan ini hanya menguntungkan rakyat Malaysia, (Sumber). Ada juga ura-ura untuk membangunkan semula, tetapi, Indonesia mengambil langkah tidak tergesa-gesa dengan idea tersebut. (Sumber). 



Hari ini, kerajaan sedia untuk membuat kajian menyeluruh mengenai cadangan sekumpulan pakar supaya dibina kombinasi jambatan dan terowong dasar laut bagi menghubungkan Kukup di Pontian dengan Pulau Karimun, Riau. Dianggarkan, projek ini akan menelan belanja RM15 billion. 

Kementerian Kerja Raya Malaysia mengambil contoh Tokyo Bay Aqualine yang menghubungkan Kisarazu City dan Kawasaki di Jepun sepanjang 15 kilometer telah dibuka pada Disember 1997 untuk RAKYAT Jepun. (Sumber, Sumber, Sumber. Sumber, ) 

Baik, ini komen saya pulak. Memang projek yang diperkatakan ini masih dalam tahap perbincangan, siasata kesesuaiannya, tetapi, adalah lebih elok RM15 billion tersebut digunakan untuk pembangunan Semenanjung Malaysia ke Sarawak/Sabah. Takpun, buat projek lain selain this projek, bukan apa, pada pemikiran saya yang hanya biasa-biasa ni, kenapa kita perlu buat projek mega seperti ini sedangkan banyak lagi dalam negara kita sendiri yang memerlukan pembangunan. Dengan RM15 billion, banyak perkara yang boleh kita lakukan. Iya, memang duit ini duit pemaju yang dari China tu, tetapi, kenapa perlu projek begini? Projek ini mungkin boleh di ambil kira (Click Sini)

Professor Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Alias Abdullah berkata, perlaksanaan projek ini perlu dilihat dari pelbagai sudut dan salah satu daripadanya adalah keuntungan faedah kepada Malaysia. Sebab apa, kalau rugi, buat apa keluar banyak belanja, ye dak? 

Pelbagai contoh dan projek-projek mega dunia yang dijadikan rujukan kepada projek ini, seperti:


Channel Tunnel menghubungkan United Kingdom dengan Perancis, Seikan Tunnel menghubungkan Honshu dengan Hokkaido (Jepun), Vardo Tunnel menghubungkan Pulau Vardoya dengan tanah besar dan Sydney Harbour Tunnel menghubungkan dua expressway (Waringgah dan Cahill Expressway) di Australia dan ia dimaksimumkan sebagai pengelak kesesakkan lalu lintas Sydney Harbour Bridge. Ini adalah contoh-contoh terowong bawah tanah(laut) yang sudah siap dan dimaksimumkan penggunaannya. Rata-rata projek ini mengambil masa 10 tahun dan keatas untuk membinanya. Tetapi ia bergantung kepada sumber kewangan dan jarak sesuatu projek. Seperti Vardo Tunnel, Norway, ia hanya memakan masa lebih kurang 4 tahun sahaja.

Tetapi, rata-rata projek mega ini adalah untuk penduduk negara tersebut. Jadi, what I could I say? Melainkan Channel Tunnel di England dan Perancis, di mana, mereka hanya menambahbaik secara hebat apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Channel Tunnel sebenarnya telah diilhamkan oleh Albert Mathieu, seorang pelombong Perancis pada tahun 1802 dengan tujuan untuk memudahkan import dan export kedua-dua negara. Apa-apa pun, banyakkan membaca je la kalau bab-bab macamni kan? hihu...

Apa-apa pun, kalau nak buat jugak, fikir lah dalam-dalam sebelum membuatnya, sebab apa, banyak masalah nanti, takut ekonomi tak elok, projek terbengkalai, nama negara busuk dan macam-macam lagi. Kajian ekosistem kena dilakukan secara menyeluruh dan terperinci, kos kerja, macam-macam lagi. Please, jangan buat keputusan yang terburu-buru okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: projek mega, duit mega, kesan?

2 comments:

  1. Bayangkan lalu dlm terowong menghala ke tempat selalu berlaku gempa bumi ...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rie : ke? uish, lagi la kena stop kerjasama.. rugi je nanti..

      Delete