Nuffnang Ads

Monday, February 24, 2014

Berjuang Untuk Kesihatan Sendiri.

Assalamualaikum WBT,

Bila kita sakit kan, baru kita tahu betapa besarnya nilai sesuatu kesihatan itu. Iya la, Allah sebenarnya dah cakap dalam Al-Quran, Ingat lima perkara sebelum datangnya lima. Salah satu daripadanya adalah nikmat kesihatan. Sihat sebelum sakit.

Jadi, iya, kita ni sebagai manusia sering terlupa akan nikmat sebenarnya. Nak-nak nikmat sihat. Kadang-kadang bukan apa, bila sakit baru ingat siapa pencipta kan?

Dipagi ini, *jarang bangun pagi tetapi semalam memang tak sihat sampai pakai stokin untuk tidur, menunjukkan betapa sejuknya saya, saya jap lagi nak pergi ke klinik, amik keputusan darah yang saya buat 2 weeks ago kot, kalau tak silap lah, itu pun kalau masih ada lagi, kalau takde, nak buat camne kan? hehehe.. biar je la, jaga je la makan, hehehe..

Sebenarnya, menjaga makan adalah salah satu perkara yang amatlah susah untuk dilakukan. Kenapa? Sebab dari boleh makan hampir semua kepada boleh makan hanya sedikit, memakan masa untuk adapt. Like me, saya tak boleh makan ikan bilis, sikit pun tak boleh, dalam kehidupan seharian kami, ikan bilis adalah satu elemen penting dalam masakan. Semalam, saya makan mee hoon goreng yang mak saya masak, terlupa, dalam masakan tersebut ada ikan bilis sebagai pes, Terus sakit kaki saya. Jadi, sekarang saya menjadi amat memilih bab makanan. Zaman makan saya sudah tamat, kini yang tinggal adalah zaman berjuang untuk kesihatan sendiri.

Namun, saya redha, nak buat camne. Itu sudah ketentuan-Nya. Aku terima Ya Allah.

Assalamualaikum WBT

p/s: sedih tapi nak buat camne.

No comments:

Post a Comment