Nuffnang Ads

Wednesday, February 19, 2014

Erra Fazira sudah bercerai.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti sihat kan? Lama tak guna ayat ni.

Baik, sekali lagi industri hiburan tanahair digemparkan dengan kes penceraian primadona Malaysia, Ratu dunia lakonan, tidak lain tidak bukan, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik yang sebelum ini adalah isteri kepada Engku Emran.

Sebelum ini, Erra telah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim namun mereka sempat melayari bahtera perkahwinan selama tiga tahun, dan kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran pada tahun 2007 dan sempat melayari bahtera perkahwinan selama lebih kurang tujuh tahun. Engku Emran dan Erra Fazira dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya.

Saya doakan kebahagiaan kedua-dua individu ini, both Erra Fazira dan Engku Emran, kedua-duanya ada rupa dan sama cantik sama padan, mungkin benar, jodoh tiada. Mereka mungkin telah berusaha untuk mengekalkan perkahwinan mereka, tetapi apakan daya, jodoh sudah tiada. Siapa salah, siapa benar, itu bukan hak kita sebagai orang luar untuk mengesahkannya. Jadi, kepada yang sedang melayari bahtera perkahwinan, janganlah anda menidakkan ketentuan jodoh. 

Cuma saya kesal satu perkara je, dalam Sinar Harian ada dialog Erra mengatakan, "Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi". Baik, banyak perkara tersirat yang mampu dirungkai sebenarnya, tapi sebagai pemerhati mungkin kita cuba ungkai benda yang bukan dimaksudkan oleh Erra sendiri kan? Mungkin benar dia bercakap untuk dirinya kepada wartawan hiburan yang selama ini cuba mendapatkan isu sebenarnya, penjelasan sebenarnya, tapi dari segi sudut yang lain, kita semua maklum, *bagi mereka yang follow Erra lah, maklum dengan ada ura-ura yang Engku Emran berkahwin lain dan sebagainya. Tapi itu lah, mungkin dia membenarkan gossip tersebut atau dia hanya memikirkan kes perkahwinan tersebut sahaja kan?

Tapi seperti yang saya kata tadilah, mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Kepada Erra, awak kerja keras sangat kot, mungkin takde bahagi masa untuk family awak. Kalau lepas ni ada jodoh lain, cuba kurangkan aktiviti seni awak, kurangkan yer, bukan tamatkan. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Ayah saya kata "Apalah, kahwin, cerai, kahwin cerai, apa nak jadi".

No comments:

Post a Comment