Nuffnang Ads

Sunday, February 23, 2014

Gout menyerang diri. Lagi.

Assalamualaikum WBT,


Selalu kan, kalau makan, makan je takde fikir-fikir benda yang saya makan tu boleh makan ke tidak, tetapi since last January, saya terpaksa menjaga makan dah. Sebab? Gout menyerang diri ini. Huhuhuhu.. susah dan admit tetapi itulah yang sebenarnya terjadi. 

Selama ni saya sendiri cuba deny apa yang berlaku. Kononnya tak nak ada penyakit or tak nak akan ubat or entah, cuma tak nak orang tahu kot. Tapi, bila dah banyak kali tersalah makan, makan apa yang sepatutnya tidak boleh makan, makin menjadi lah sakitnya, jadi, officially, iya, saya ada sakit gout.

Orang kata, gout ni takde ubat, sampai mati katanya. Entah lah, saya pun tak tahu. Ia terjadi selepas saya makan makanan laut dengan hebatnya. Dan sejak daripada itu, terus, kaki saya sakit. Takde la sampai straight, on off on off camtu lah.

Like yesterday, saya makan sikit je sambal ikan bilis, terus! saraf dalam kaki ni cam terus membengkak dan amat sakit. Nak jalan pun terhencut-hencut. Sakitnya takyah cerita lah, kalau boleh menangis, dah lama meraungnya.

So, apa yang selalunya saya buat adalah, saya amat pain killers. Orang kata, kalau gout ni, pain killers tak jadi apa-apa, entah lah, saya boleh je, mungkin buat masa sekarang kot, nanti kalau lelama, entah lah. Tetiba ia tak menjadi kan? Tapi buat masa sekarang ni, saya amik pain killers, minum air bebanyak, makan betik dan pisang untuk pelawas (petua kawan). Jadi, in shaa Allah, menjadi la kot, tapi sebenarnya, ia tidak hilang, ia masih ada dan ia tidak hilang. 

Pada saya, yang paling hebat sekali untuk gout ni adalah ikan bilis, udang, sotong, kerang. Ini adalah elemen penyumbang sakit yang paling hebat, saya, after that day yang sakit nak mampus tu kan, udang, sotong, kerang saya memang tak makan dah, tetapi ikan bilis memang ada dalam menu harian untuk perasa setiap orang kan? Jadi ikan bilis adalah ajen yang paling hebat bagi saya dalam penyakit gout ni. Sakitnyaa.. wahhhh..makan sikit je terus sakit! wa cakap lu... entah apa ada dalam ikan bilis cenonet tu, saya pun tak tahu...

Jadi, sekarang ni saya kena memilih makan juga lah, protein yang selalu saya makan adalah ayam, ikan, telur, itu sahaja. Yang lain, nikmat makan sudah ditarik oleh Allah SWT. Hurrmmm... nak buat camne kan? Salah diri sendiri jugak, makan tak hengat dunia.

Dah la mengenang nasib diri, nak dicomparekan sakit saya ni, ramai lagi yang kronik, kan? apalah sangat. Cuma tu lah... hurrmmm..

Assalamualaikum WBT

p/s: sakit adalah ujian, ujian untuk dimelupakan-Nya.
p/s: Sesiapa ada cadangan untuk ubat or ada ahli keluarga ada sakit gout, sila comment kat bawah ni after baca, nak tahu juga camne dorang cope with this disease.

3 comments:

  1. http://www.ehow.com/how_10167_prevent-gout.html, http://tbfrascone.hubpages.com/hub/How-to-Prevent-Gout-in-5-Steps, http://www.wikihow.com/Prevent-Gout, http://arthritis.about.com/od/gout/a/foodstoeat.htm, I will search more...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the links Ayuni.. appreciate it a lot. Thanks. :)

      Delete
  2. Bapa saya penderita gout selama 20 tahun...

    Alhamdulillah sekarang doktor sendiri terkejut melihat kadar uric asid kembali normal.
    Saya sudi berkongsikan pengalaman ayah saya kepada anda semua

    http://vitaminforme.blogspot.com/search/label/SET%20GOUT

    ReplyDelete