Nuffnang Ads

Monday, February 17, 2014

Hanyalah Sekadar Update!

Assalamualaikum WBT,

Rasa cam malas je nak update blog, iya lah, saya ni bukanlah blogger sepenuh masa macam Abang Ben kan, tapi apa-apa pun, bayangkan kita letakan diri kita dalam diri dia. Dia berblog untuk menyara keluarga, ke event sana, ke event sini, dan tak boleh rasa malas untuk update.

Bayaaaangggkaaannnn... *mengelamun sekejap.

Kan? Cuba bayangkan, kalau cam KekNis, dia dulu blogger halftime, sebab dia dulu student dan model kan, even sekarang pun, tapi sekarang dah jadi sukutime sebab dia jadi pengacara,pelakon dan masa terhad untuk update blog, jadi itu bukan malas lah, itu takde masa kan?

Tapi nak comparekan dorang ni, they do what they love dan in the end of the day, they are creating their names and that is not easy. Building image and reputation in the short matter of time is not an easy task, plus in this world yang penuh dengan pancaroba dan orang bercakap sana sini sebab tak puas hati kan? Biasa.

Tadi tengok The Face UK, Naomi cakap,

"I would not be here, mentoring you girls if I listened those bullshits?, NO!"

So, tapi apa pun, bukanlah kita ignore terus, amik mana yang perlu je la kan? Kalau yang tak perlu tu, nak amik buat apa, bukan ada faedah pun. 

Okay, berbalik kepada isu malas update tadi tu, malas ni sebenarnya bukan apa, kalau malas menulis blog ni ia berasal dari idea. Takde idea menarik, takde cerita menarik, payah nak update. Kadang-kadang blogger ni jugak adalah sebagai forecaster kot, seeing things that people want to read and predict things yang people want to hear. Haaa.. camtulah, tapi takde la sampai buat cerita kan? hahahha...

Alhamdulillah, waktu sekarang sudah pukul 9.30 malam, dan udara terasa sungguh sejuk, mungkin nak hujan kot,  ada petanda hujan ni, kalau ada serangga yang berterbangan dalam rumah tu, maknanya nak hujan lah tu. Lagi satu, ada serangga yang bising tu.. hahahha.. itu memang tanda nak hujan, tapi entah lah, itu semua kuasa Allah kan? Hujan pun dalam kategori rezeki, hanya Allah yang tahu. Hujan juga membawa kepada kehidupan, kan?

Dah lah..nak menikmati udara sejuk.

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe


No comments:

Post a Comment